Harian Metro

DERITA HINGGA AKHIR

„ Bapa tiri bergelar Boy Tiger lari bersama ibu mangsa dera kini dicari polis

- Hasbi Sidek dan Siraj Mohd Zaini cnews@nstp.com.my

> Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman, 3, ditinggalk­an hanya nyawa-nyawa ikan di Hospital Ampang oleh ibu dan ayah tiri yang kemudianny­a menghilang­kan diri. Nyawanya tidak panjang, 30 minit selepas itu, dia meninggal dunia dengan tulang belakang kepala patah dan lebam serta luka di seluruh badan, lapor Hasbi Sidek dan Siraj Mohd Zaini.

Tergamak tinggalkan anak tiri yang didera teruk dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di Hospital Ampang sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Itu tindakan kejam seorang lelaki dikenali sebagai

Boy Tiger disyaki memukul anak tirinya berusia tiga tahun hingga patah tulang belakang kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, kanak-kanak lelaki itu, Muhammad Khairil Akmal Abdul Rahman disahkan meninggal dunia selepas 30 minit menerima rawatan di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa patah tulang pada bahagian belakang kepala selain terdapat banyak kesan lebam pada muka dan badan.

“Ibu kandung dan bapa tiri mangsa menghantar kanak-kanak itu ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri.

“Mangsa didapati mempunyai banyak luka dan lebam di bahagian belakang serta depan badan, luka di bawah bibir, lebam di sekeliling kedua-dua mata selain luka bentuk bulat di kedua-dua kaki dan tangan.

“Pemeriksaa­n x-ray ju- ga mendapati tulang belakang di bahagian kepala mangsa patah. Pegawai perubatan yang merawatnya membuat laporan polis kerana mangsa disyaki didera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, ibu bapa mangsa menghilang­kan diri sehingga kini dan rumah mereka di Bukit Indah, Ampang juga kosong.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek dikenali sebagai Khairul Izaini Khairuddin, 31, atau Boy

Tiger masih diburu polis bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak itu.

Menurutnya, polis meminta ibu kandung mangsa, Noraini Samian, 20, dan Khairul Izaini tampil ke balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

“Bapa tiri mangsa turut dikenali dengan panggilan

Boy Tiger dan kedua-dua mereka menghilang­kan diri dengan menunggang motosikal Yamaha 125z selepas menghantar kanak-kanak itu,” katanya.

Kes itu diklasifik­asikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa didapati mempunyai banyak luka dan lebam di bahagian belakang serta depan badan, luka di bawah bibir, lebam di sekeliling kedua-dua mata selain luka bentuk bulat di kedua-dua kaki dan tangan” Hamzah Alias

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Khairil Akmal bersama bapa tiri Khairul Izaini Khairuddin yang juga suspek kes dera.
MUHAMMAD Khairil Akmal bersama bapa tiri Khairul Izaini Khairuddin yang juga suspek kes dera.
 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH mangsa yang dipercayai ajal akibat didera. KEADAAN mangsa ketika ditinggalk­an di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.
JENAZAH mangsa yang dipercayai ajal akibat didera. KEADAAN mangsa ketika ditinggalk­an di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia