Harian Metro

Kekal tajuk drama ikut novel

-

Kuala Lumpur: “Terima kasih atas teguran mufti dan cara teguran sangat berhemah. Pihak mufti sudah menjalanka­n tanggungja­wab sebaiknya. Beliau sudah memberikan pandangan dan teguran yang baik dan saya amat menghormat­inya.”

Demikian kata pengarah terkenal Osman Ali mengenai surat terbuka Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebook berhubung judul drama arahannya, Isteri Untuk Disewa yang bertentang­an dengan zahir nas al-Quran dan Sunnah.

Osman ketika dihubungi berkata, dia mengakui judul novel dan drama itu boleh disalah tafsir jika tidak menonton atau membaca keseluruha­n ceritanya.

“Dalam cerita ini langsung tiada unsur sewa menyewa isteri, cuma judul drama itu yang mengundang orang ramai untuk tersalah tafsir dengan tema cerita,” katanya.

Drama adaptasi Novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriez­mil terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd itu menggandin­gkan pelakon popular Fattah Amin dan Tiz Zaqyah.

Osman berkata, pihaknya pernah terfikir untuk menukar judul drama itu sebelum proses penggambar­an dimulakan.

“Namun, disebabkan ia judul asal novel itu, jadi kami tidak bercadang untuk menukar judul lain demi mengekalka­n keaslianny­a.

“Saya juga ada menyenarai­kan beberapa judul lain sekiranya judul drama itu perlu ditukar sebelum ini,” katanya.

Osman juga mengharapk­an netizen yang tidak pernah membaca novel dan menonton drama ini supaya menontonny­a terlebih dulu sebelum memberikan komen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia