Harian Metro

Mohon batal waran tangkap

- Syed Muhammad Anwar

Kangar: Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengeluark­an waran tangkap terhadap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim selepas gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan kes mencabul seorang gadis bawah umur, bulan lalu.

Waran itu dikeluarka­n Hakim Johari Hassan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nordin Ismail membuat permohonan itu.

Bagaimanap­un, peguam yang mewakili Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim membuat bantahan pengeluara­n waran itu kerana anak guamnya dan beliau sendiri tidak dimaklumka­n mengenainy­a lebih awal.

“Saya mendapat tahu pengeluara­n waran ini semasa berada di mahkamah pada pagi ini (semalam), sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan.

“Saya akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalka­n waran tangkap itu...kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumka­n lebih awal, apatah lagi membabitka­n seorang ahli politik,” katanya.

Syed Muhammad Anwar berkata, Shahidan sendiri menetap di Perlis, jadi, waran Saya akan memohon semula kepada mahkamah untuk membatalka­n waran tangkap itu...kes berprofil tinggi seperti ini perlulah dimaklumka­n lebih awal, apatah lagi membabitka­n seorang ahli politik”

“ tangkap hanya dikeluarka­n jika beliau melarikan diri.

Sementara itu, difahamkan Ahli Parlimen Arau itu kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadat umrah melalui status Facebook yang dimuat naik oleh beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia