Harian Metro

NAK LARI MANA, BAIK SERAH DIRI

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

“Pulang segera dan terima hukuman yang menanti,” kata adik kepada suspek lelaki yang juga bapa tiri Muhammad Khairil Akmal, kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera, Khamis lalu.

Khairul Mustaffa Khairuddin, 30, berkata, abangnya tidak boleh terus melarikan diri daripada dunia realiti sebaliknya perlu berani tampil memikul tanggungja­wab terhadap apa yang dilakukan.

“Berani buat, berani tanggung. Pulang dan terima apa saja hukuman yang bakal menanti.

“Abang mahu lari ke mana lagi? Dunia ini sangat kecil, lambat laun polis akan berjaya kesan lokasinya juga.

“Berdasarka­n pengetahua­n saya, abang pernah dipenjara dua tahun sebelum ini kerana kes gaduh dengan isterinya.

“Saya harap hukuman setimpal bakal dikenakan ke atasnya nanti memberi pengajaran untuk memastikan dia tidak mengulangi tindakan agresifnya itu lagi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairul Mustaffa berkata, jenazah Muhammad Khairil dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, kira-kira jam 5 petang kelmarin.

“Pada awalnya, proses pengebumia­n dirancang di Taman Teratai sekitar ibu negara.

“Namun, tanah perkuburan itu disediakan untuk orang kenamaan saja, jadi saya ambil keputusan untuk membawa jenazah anak saudara ke Cheras,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, Muhammad Khairil yang berusia tiga tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Ampang dipercayai akibat didera.

Ibu kandung dan bapa tiri mangsa melarikan diri selepas menghantar­nya ke hospital itu.

Sehubungan itu, polis meminta ibu kandung mangsa iaitu Noraini Samian, 20, dan bapa tirinya, Khairul Izaini Khairuddin, 31, tampil ke balai polis berhampira­n untuk membantu siasatan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia