Harian Metro

Lima jenis mati syahid

-

orang meninggal dunia seperti lemas, taun, terbakar, ditimpa runtuhan dikategori­kan sebagai syahid akhirat? Bagaimana dikatakan orang yang mendapat mati syahid akhirat dan syahid dunia.

Iffah Balakong, Selangor

SAW bersabda yang bermaksud: “Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid, iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam riwayat Ibn Majah pula, terdapat penambahan iaitu mati terbakar juga dinilai sebagai syahid. Hikmahnya kerana kematian seperti itu sangat tragis sehingga menyebabka­n waris berasa terbeban, tekanan dan putus asa.

Melalui janji syahid akhirat ini, ia meringanka­n bebanan untuk menerima dan meredai mereka yang meninggal dunia itu. Ia adalah janji benar melalui lisan Rasulullah.

Manakala mati syahid pula terbahagi kepada tiga. Ia dihukum untuk ketetapan pengurusan jenazah. Mati syahid dunia dan akhirat ialah seseorang yang mati di medan perang dengan niat ikhlas mempertaha­nkan agama Islam.

Jenazahnya dikafan dengan pakaiannya, tidak dimandikan dan disembahya­ngkan, namun perlu dikebumika­n.

Mati syahid dunia ialah mereka yang mati di medan perang, namun niatnya mencari imbuhan dunia seperti pujian manusia, pangkat, harta dan sebagainya.

Di akhirat dia tidak mendapat balasan sebagaiman­a mereka yang mati syahid yang ikhlas. Ia turut diuruskan seperti mana di atas.

Mati syahid akhirat pula mereka yang mati dengan penuh ujian sebagaiman­a dinyatakan dalam hadis berkenaan.

Namun, niatnya yang benar dan ikhlas ketika menghadapi kematian melayakkan mereka mendapat ganjaran sebagaiman­a mati syahid sebenar di akhirat.

Mereka diuruskan seperti jenazah

Muslim biasa dengan dikafankan, dimandikan dan disembahya­ngkan. Manusia juga tidak tahu niat mereka yang sudah pergi, oleh itu iringilah pemergian seperti itu dengan doa supaya mereka tergolong dalam kalangan yang mati syahid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia