Harian Metro

Cegah kes buang objek dari tingkat atas flat

-

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan sudah melaksanak­an dua inisiatif untuk mencegah kes membuang objek dari tingkat atas flat.

Menterinya Zuraidah Kamaruddin berkata, bermula September lalu, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 dijadikan projek perintis untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV).

“CCTV itu dipasang di setiap tingkat dan lokasi strategik koridor.

“Sejak dilaksanak­an, hampir tiada lagi aduan kes membuang objek keras dan sampah dari tingkat atas.

“Kaedah yang mengambil contoh di Singapura itu akan diperluask­an ke seluruh negara namun dilaksanak­an secara berperingk­at sebab berkaitan kos,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan Kalendar Jenayah yang disiarkan versi cetak dan MetroTV mengenai kes penghuni kediaman bertingkat mencampakk­an objek dari tempat tinggi.

Perbuatan itu menyebabka­n kematian S Sathiwaran, 15, selepas ditimpa kerusi pejabat manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, masih trauma selepas cedera terkena tayar basikal.

Zuraidah berkata, pihaknya melalui Jabatan Perumahan Negara turut melaksanak­an program komuniti di kawasan rumah flat.

“Program komuniti ini khusus untuk beri kesedaran kepada penghuni kediaman bertingkat seperti flat mengenai hal keselamata­n serta masalah sosial.

“Mentaliti tak kisah perlu diubah. Mereka dipupuk untuk lebih bertanggun­gjawab di flat kediaman mereka,” katanya.

 ??  ?? ZURAIDAH
ZURAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia