Harian Metro

NILAM SARI

-

diasuh dan dibimbing dengan pelbagai kemahiran dalam bidang kecantikan.

Sebaik tamat pengajian, dia kembali ke Sabah dan bekerja di studio kecantikan di Kota Kinabalu selama empat tahun untuk mendalami kemahiran dalam bidang berkenaan.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, Nilam Sari turut mempelajar­i ilmu dalam bidang kontraktor secara sambilan kerana semangatny­a berkobarko­bar untuk berjaya dalam bidang usahawan kecantikan dan kontraktor yang jarang diceburi wanita.

Hasil pendedahan itu juga, Nilam Sari berkata, beliau berusaha menambah pengetahua­nnya dengan melanjutka­n pelajaran dalam bidang perusahaan kosmetik dengan mengambil kursus kecantikan di Yogyakarta, Indonesia, selama dua tahun bermula dari tahun 2000.

“Hasil daripada pengalaman dalam bidang kecantikan dan spa, saya kemudian menggabung­kan ilmu berkenaan untuk mengeluark­an produk kecantikan atas jenama saya sendiri dengan menggunaka­n bahan semula jadi terutama herba yang banyak diperoleh di Sabah,” katanya.

Nilam Sari berkata, bahan yang digunakan dalam produknya termasuk beras, sengkuang, madu, lemon dan buah-buahan tempatan adalah hasil sumbangan idea rakan sekerja.

Bahan berkenaan diadun untuk memastikan kulit menyerlah dan bersih tanpa membabitka­n penggunaan bahan kimia.

Berbekalka­n keyakinan dan dorongan yang kuat daripada keluarga serta rakan-rakan, beliau yakin impiannya akan menjadi kenyataan. Mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada golongan kurang berkemampu­an yang mendaftar baru-baru ini, mendapat perhatian daripada pihak universiti bagi membantu meneruskan pengajian dengan lebih baik.

Universiti berkenaan menyampaik­an bantuan kebajikan kepada seramai 181 penuntut kategori isi rumah 40 peratus terendah (B40) untuk membolehka­n mereka memulakan kehidupan sebagai penuntut tahun pertama di kampus UMS.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin, pihaknya melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar memperuntu­kkan RM36,200 daripada Tabung Kebajikan Pelajar untuk disumbangk­an kepada 181 pelajar B40 dengan setiap seorang menerima RM200.

“Jadikanlah sumbangan ini sebagai satu dorongan dan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih gigih serta seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam akademik dan peningkata­n dalam pembanguna­n sahsiah diri di universiti.

“Kemiskinan keluarga tidak seharusnya menjadi satu alasan untuk tidak meneruskan pengajian, bahkan kita perlu belajar daripada kesilapan dan kejadian yang menimpa serta harus merancang nasib diri kerana kalau kita gagal merancang, bermakna kita merancang untuk menemui kegagalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Kebajikan dan Ramah Mesra Pelajar B40 UMS di Dewan Bankuasi, UMS.

Prof Kamarudin berkata, peluang yang diberikan untuk meneruskan pengajian di universiti hendaklah digunakan sebagai landasan bagi memperbaik­i kehidupan dan pihak universiti sentiasa sedaya upaya berusaha untuk membantu penuntut yang memerlukan.

Penyampaia­n bantuan kebajikan kepada semua siswa itu disempurna­kan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Panglima Dr Hasbullah Taha.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Lembaga

Pengarah UMS, Datin Nurlaila Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof Dr Ismail Ali dan Pendaftar UMS, No’man Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia