Harian Metro

Kuih cucur di KLCC

-

Pada hari tertentu seawal jam 10 pagi wanita ini berada di Suria KLCC, Kuala Lumpur sekadar ingin menikmati secawan kopi panas bersama beberapa keping kuih talam yang menjadi kegemarann­ya. Sambil menghirup kopi segar, mulutnya ramah menegur pekerja yang leka melakukan tugasan.

Sesekali dia merapati meja pelanggan, bertanya khabar dan beramah mesra dengan mereka. Biarpun usianya sudah mencecah 66 tahun, pengasas La Cucur, Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabuddi­n tetap sihat dan bersemanga­t menguruska­n perniagaan yang menjadi minatnya sejak 21 tahun lalu.

Malah dia sangat teruja apabila berbicara mengenai makanan tradisiona­l yang menjadi tanda pengenalan sejak kafe ini dibuka di premis mewah di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Mengimbas detik ketika mula membuka perniagaan makanan, ramai tidak yakin ia akan berjaya. Tambahan pula dia satusatuny­a usahawan yang mahu menjual kuih-muih tradisiona­l di pusat belibelah ternama.

“Ia bermula apabila pihak pengurusan memberi peluang kepada saya membuka butik di pusat beli-belah itu memandangk­an dulu saya bermula dalam industri fesyen. Namun kerana kegawatan ekonomi, saya bimbang ia tidak berjaya.

“Walaupun menolak pelawaan itu, pihak pengurusan tidak berputus asa dan terus memberi pilihan jika saya mahu membuka perniagaan lain. Saya terus menyatakan keinginan membuka kafe menjual kuih-muih tradisiona­l dan mereka terus bersetuju,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia