Harian Metro

Badan cantik

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Senaman mengangkat bebanan perlu dilakukan dengan tunjuk ajar jurulatih

Kebanyakan wanita menolak untuk melakukan senaman mengangkat bebanan seperti barbel kerana bimbang badan seperti jejaka sado. Tetapi benarkah anggapan ini atau hanya mitos semata-mata?

Menurut jurulatih kecergasan Andjani

Kwee, hormon testostero­n perempuan sebenarnya hanya satu daripada 10 jika dibandingk­an dengan lelaki. Jadi, sekeras manapun wanita berlatih atau tidak kira apa bentuk senaman mereka, ototnya tidak akan menjadi seperti lelaki.

Malah banyak manfaat yang diperoleh sekiranya melakukan senaman angkat berat. Misalnya, kadar kolesterol menjadi lebih rendah, jantung lebih sihat, kepadatan tulang meningkat dan otot pula lebih kuat.

Hal ini turut diakui juruterapi senaman Adasandha Anuar yang turut menggalakk­an wanita mencuba senaman sebegini dengan syarat mengikut tunjuk ajar jurulatih. Otot boleh dikatakan sebagai mesin pembakar lemak paling efektif.

“Jadi, sekiranya inginkan tubuh yang terbentuk cantik, dada bidang, pinggang ramping serta pinggul menawan mulakan dengan mengangkat bebanan,” katanya.

Pada mulanya sememangny­a agak sukar tetapi sekiranya dilakukan secara konsisten, lamakelama­an tubuh mulai terbiasa. Paling penting jangan memaksa diri dan mulakan pada bebanan paling rendah kemudian sedikit demi sedikit meningkatk­an jumlah bebanan.

“Elakkan memaksa diri. Jika tidak mampu anda boleh mengangkat sehingga ke paras paha saja dan cuba lagi pada waktu berbeza,” katanya.

Antara kelebihan senaman mengangkat bebanan:

1. Wanita yang membuat latihan kekuatan dua hingga tiga kali seminggu selama dua bulan akan mendapati berat badan mereka berkuranga­n sebanyak dua hingga lima kilogram (kg).

2. Ramai wanita bimbang sekiranya otot terbentuk lebih besar. Sebenarnya ia tidak berlaku. Biasanya otot tidak akan terbentuk terhadap wanita yang melakukan latihan kekuatan berbanding lelaki kerana kedua-duanya memiliki hormon berlainan.

3. Latihan angkat berat terbukti meningkatk­an kesihatan kardiovask­ular dalam beberapa cara, termasuk mengurangk­an LDL iaitu kolesterol tidak sihat dan meningkatk­an HDL iaitu kolesterol sihat dan merendahka­n tekanan darah. Apabila senaman kardiovask­ular ditingkatk­an, kebaikan untuk kesihatan juga bertambah.

4. Mengurangk­an risiko kecederaan dan sakit belakang. Latihan kekuatan bukan saja boleh menguatkan otot, tetapi membina tisu penghubung dan sendi menjadi lebih stabil.

Otot bertindak sebagai tetulang untuk sendi dan membantu mengelakka­n kecederaan. Di samping itu, kajian membuktika­n latihan angkat berat boleh meringanka­n sakit osteoartri­tis dan menguatkan sendi.

 ??  ?? 2. LENTIKKAN badan, kemudian angkat barbel sehingga ke paras lutut.
3. CUBA bawa ke bahagian paha dan tarik dan hembus nafas. Angkat barbel dalam keadaan lurus (bagi yang sudah biasa). Letakkan semula sekiranya anda tidak mampu menahannya.
4. MASIH berada dalam kedudukan sama tetapi letakkan barbel di bahagian belakang bahu anda.
5. PERLAHAN-LAHAN tegakkan badan dengan kedua-dua kaki lurus di hadapan. Anda dapat merasakan ketegangan pada bahagian kaki, paha dan pinggul.
2. LENTIKKAN badan, kemudian angkat barbel sehingga ke paras lutut. 3. CUBA bawa ke bahagian paha dan tarik dan hembus nafas. Angkat barbel dalam keadaan lurus (bagi yang sudah biasa). Letakkan semula sekiranya anda tidak mampu menahannya. 4. MASIH berada dalam kedudukan sama tetapi letakkan barbel di bahagian belakang bahu anda. 5. PERLAHAN-LAHAN tegakkan badan dengan kedua-dua kaki lurus di hadapan. Anda dapat merasakan ketegangan pada bahagian kaki, paha dan pinggul.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia