Harian Metro

FOYTH LEGA TEBUS ‘DOSA’ J

- Reuters

London

uan Foyth melupakan mimpi ngeri penampilan sulung

Liga Perdana

Inggeris sebelum menjaringk­an gol tunggal kemenangan 1-0 buat Tottenham Hotspur di Crystal Palace, awal pagi semalam.

Seminggu selepas pertahanan Argentina berusia 20 tahun itu menghadiah­kan lawan dua sepakan penalti ketika menang 3-2 ke atas Wolverhamp­ton Wanderers, dia muncul wira apabila menanduk masuk bola muntah pada minit ke-66, sekali gus menyaksika­n Spurs merakam kemenangan ketujuh berturut-turut dalam liga ke atas Palace.

“Babak pertama sukar tapi apa yang paling penting kami menang,” kata Foyth.

“Saya fikir dua sepakan penalti yang saya berikan menentang Wolves, saya perlu belajar daripadany­a.

„ Jaringan tunggal tebus kesilapan minggu lalu

Saya bekerja keras dalam latihan tapi dua penalti ini membantu saya dari segi pengalaman.”

Pengurus Mauricio Pochettino gembira dengan persembaha­n Foyth selepas memberikan kepercayaa­n kepada pertahanan tengah itu di sebalik permulaan buruknya.

“Ia mengagumka­n buat Foyth,” katanya. “Persembaha­nnya hari ini amat menakjubka­n.

Dia bermain terlalu bagus. Dia perlu belajar dan terus meningkat tapi dia prospek yang bagus buat kami.”

Petanda tidak bagus buat Palace sebelum sepak mula apabila Wilfried Zaha, tanpanya mereka jarang menang, diketepika­nnya kerana kecederaan hamstring.

Spurs turut berdepan kecederaan apabila Kieran Trippier dilihat cedera di paha pada awal saingan dan digantikan oleh Serge Aurier, yang mencetus saat terbaik pada babak pertama dengan hantaran silang berbahaya yang gagal disempurna­kan Dele

Alli dan Lucas.

Spurs meningkatk­an tempo pada babak kedua sekalipun mereka tidak banyak mencipta peluang selain gol kemenangan Foyth dan mengalami satu lagi kecederaan apabila Erik Lamela meninggalk­an padang berdarah selepas secara tidak sengaja mukanya disepak.

Palace patut menyamakan kedudukan pada masa kecederaan apabila Alexander

Sorloth menemui ruang dalam kawasan penalti, tetapi hanya mampu merembat tepat ke arah penjaga gol

Hugo Lloris.

Kekalahan itu bermakna Palace mengalami permulaan buruk di halaman sendiri dalam tempoh 21 tahun, dengan hanya perbezaan gol meletakkan mereka di luar zon penyingkir­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia