Harian Metro

‘Secara emosinya Foxes kepenatan’

-

London: Pemain sayap Leicester City, Marc Albrighton menyatakan pasukan itu “secara emosinya penat” selepas seminggu yang mana mereka ke Thailand bagi majlis pengebumia­n mendiang bekas pemilik mereka dan kemudian kembali ke stadium untuk berdepan Burnley, awal pagi semalam.

“Setiap orang di sini secara emosinya kepenatan,” kata Albrighton selepas seri 0-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris. “Fikiran dan kaki anda penat, daripada setiap perkara yang berlaku. Ia satu daripada perlawanan paling sukar saya lalui sebagai pemain.”

Pemain Leicester memberi penghormat­an terakhir kepada jutawan Thailand, Vichai Srivaddhan­aprabha, seorang daripada lima yang terkorban dalam nahas helikopter sebaik selepas perlawanan kelab itu.

Selepas keputusan seri awal pagi semalam, pemain berjalan di sekeliling stadium bersama anak lelaki Vichai,

Aiyawatt, yang juga naib

terakhir pengerusi, ketika penonton melaungkan nama bapanya dan memegang skaf tanda penghargaa­n. Setiap pemain memakai baju khas peringatan.

Pemain tidak menjalani latihan pada pertengaha­n minggu kerana pergi ke Thailand bagi majlis pengebumia­n

Vichai dan kelihatan penat selepas perjalanan pergi balik sejauh 19,000km.

“Minggu ini amat sukar,” kata Albrighton. “Kami pergi ke Thailand dan memberi penghormat­an kepada Vichai dan keluargany­a. Ia sesuatu yang kami mahu lakukan.

“Ia saat sukar buat setiap orang, tapi setiap orang sudah melakukan tugas mereka. Setiap orang di kelab ini bersatu hati.”

Pengurus Leicester, Claude Puel bangga dengan cara pemainnya menangani situasi mencabar itu.

“Ia minggu sukar untuk berdepan perlawanan ini tanpa sebarang sesi latihan dan perjalanan jauh ke Bangkok. Pemain bagaimanap­un tampil dengan keghairaha­n,” katanya.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada pemain kerana ia sukar. Saya harap kami boleh berterusan begini bagi menghormat­i pengerusi kami.”

- Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia