Harian Metro

DADAH TEH CINA RM5.2 JUTA

-

yang di dalamnya kelihatan terdapat dua lelaki.

“Pasukan serbuan kemudian berjaya menahan dua lelaki terbabit, manakala seorang suspek cuba melarikan diri tetapi dapat ditahan anggota polis yang mengepung kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, semalam.

Menurutnya, seorang lagi suspek lelaki disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan turut ditahan ketika serbuan susulan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Bunga Off Jalan Masjid pada jam 12.35 tengah hari.

Katanya, pemeriksaa­n terhadap beg warna hitam bertulis ‚Rexcoll‘ milik suspek didapati mengandung­i 20 bungkusan plastik teh Cina iaitu masingmasi­ng 17 bungkusan plastik jenama ‘Daguanyin’ warna emas dan tiga bungkusan plastik jenama ‘Guanyingwa­ng’ yang semuanya berisi dadah jenis syabu.

“Turut dirampas sebuah beg yang diletakkan di dalam bonet belakang kereta Perodua Bezza mengandung­i 30 bungkusan plastik teh Cina tiada jenama warna emas yang di dalamnya mengandung­i ketulan hablur jernih juga disyaki dadah jenis syabu.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap sebuah lagi kereta kemudianny­a menemui 20 bungkusan plastik yang sama (teh Cina) tiada jenama, lapan bungkusan teh Cina jenama Daguanyin, 22 bungkusan Guanyinwan­g warna hijau yang masingmasi­ng diletakkan di bahagian bonet dan belakang kereta berkenaan.

“Polis seterusnya merampas dua kenderaan yang disewa suspek untuk tujuan pengedaran dadah, selain menyita wang tunai RM850 dan dolar Singapura 380 (RM1,152),” katanya.

Mohmad berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sumber bekalan dadah terbabit diperoleh dan tidak menolak kemungkina­n rampasan dadah terbesar itu adalah untuk pasaran tempatan atau diseludup ke negara jiran.

Katanya, polis juga percaya rampasan dadah berkenaan ada kaitan dengan sindiket pengedaran dadah membabitka­n suspek warga tempatan di Lahad Datu yang ditumpaska­n polis, barubaru ini.

“Siasatan lanjut mendapati seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitka­n dua kes dadah mengikut Seksyen 15(1)(2) Akta

Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kesemua suspek berusia antara 31 hingga 39 tahun yang masingmasi­ng berasal dari Johor dan Selangor itu direman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

 ?? FOTO: ?? MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n dadah jenis syabu dalam bungkusan teh Cina yang dirampas dalam serbuan di daerah Tawau. Hadir sama Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (tiga dari kiri).
FOTO: MOHMAD (empat dari kiri) menunjukka­n dadah jenis syabu dalam bungkusan teh Cina yang dirampas dalam serbuan di daerah Tawau. Hadir sama Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Omar Mammah (tiga dari kiri).
 ??  ??
 ??  ?? Dalang sindiket edar dadah terbesar Sabah ditahan dalam dua
serbuan
Dalang sindiket edar dadah terbesar Sabah ditahan dalam dua serbuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia