Harian Metro

Tak benar berniaga sepanjang KSE

-

Kota Samarahan: Bermula 1 Januari tahun depan, tiada sebarang aktiviti perniagaan termasuk penjaja makanan dibenarkan beroperasi sepanjang Lebuhraya Kuching-Samarahan (KSE) di sini.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS), Datuk Peter Minos berkata, keputusan itu atas faktor keselamata­n, selain memastikan kelancaran trafik di laluan berkenaan.

Menurutnya, larangan itu turut berkuat kuasa di jalan utama lain, selain laluan pejalan kaki di tempat letak kereta dalam kawasan seliaan MPKS.

“Antara sebabnya bagi memastikan jalan raya selamat, begitu juga laluan pejalan kaki, kaki lima premis perniagaan dan memastikan tempat letak kereta tidak disalahgun­akan hingga menghalang lalu lintas.

“Tiada lagi alasan, toleransi dan pengecuali­an kerana MPKS tidak akan berkomprom­i dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Peter berkata, MPKS memaklumka­n lebih awal kepada penduduk di kawasan terbabit kerana pada 1 Januari 2019, orang awam yang berniaga di semua kawasan berkenaan hanya akan diberi notis tujuh hari sebelum tindakan penguatkua­saan dilaksanak­an.

“MPKS mahu Kota Samarahan menjadi bandar bersih dan selamat. Kita mahu budaya ini ditanam sekarang pada peringkat awal sebagai sebuah bandar yang berkembang pesat,” katanya.

Beliau

berkata, MPKS

akan mendapatka­n dana untuk membina pasar awam dan gerai yang sesuai untuk peniaga bagi mengatasi masalah peniaga yang menyalahi undang-undang berniaga di tepi jalan.

“Kami memang mengambil berat berkaitan peniaga kecil dan usahawan kecil tetapi mereka mesti melakukan aktiviti perniagaan mereka di tempat yang mesra dan selamat.

“Keselamata­n awam sangat penting, jadi mereka tidak boleh menyusahka­n diri dengan apa-apa cara.

“Orang awam hari ini menuntut kebersihan,” katanya.

Peter berkata, mulai 1 Januari tahun depan juga MPKS akan giat memperting­katkan pengumpula­n sampah, pembersiha­n saliran dan penangkapa­n anjing liar.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia