Serah kepada JPP
Wan Azizah tunggu keputusan rasmi pemilihan PKR
berakhir, semalam.
Mohamed Azmin dalam akaun Twitter miliknya mengucapkan terima kasih kepada ahli PKR yang bersama ‘membingkai’ muafakat untuk meneruskan agenda reformasi tulen.
Sementara itu, keputusan akhir tidak rasmi yang dimuatnaik dalam akaun Twitter ‘Pemilihan Keadilan 2018’, turut menyatakan Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mengekalkan kedudukan sebagai Timbalam Presiden selepas memperoleh 70,550 undi mengatasi Rafizi yang mendapat 66,594 undi.
Twitter itu berkata, semua keputusan akhir tidak rasmi disiarkan dalam Twitter itu tidak termasuk 1,718 undi di Pensiangan, Sabah yang belum diselaraskan dengan data di Cloud dan jumlah undi di Julau, Sarawak.
Semalam, JPP dalam laman web Pemilihan Keadilan2018 mengumumkan keputusan pengundian pemilihan di Julau dan Tawau tidak dapat diumumkan.
Ditanya sama tindakan Mohamed Azmin mengumumkan kemenangannya itu dibenarkan, beliau berkata, pemilihan itu belum sampai ke penghujungnya dan keputusan rasmi diumumkan JPP. Kuala Lumpur: Kongres Nasional PKR 2018 yang akan bermula Jumaat ini dilihat signifikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memimpin parti yang diasaskannya sejak 1998.
Kongres tiga hari yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor bakal menobatkan Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai Presiden selepas memenangi Pemilihan
PKR 2018 tanpa bertanding.