Harian Metro

Hidup Masih diselubung­i bahaya

- DARI MUKA 43

Jalan menuju ke pintu masuknya tidak lagi dilambakka­n mayat yang memenuhiny­a Oktober tahun lalu, namun bangkai kereta masih mencetuska­n rasa tidak menyenangk­an untuk pelawat ke situ.

Katil beroda rosak, kain alas dan kanister gas berkarat turut dibuang di halaman hospital.

Pintu hospital yang dipenuhi kesan peluru dilukiskan kata-kata ‘CLEAR (bersih), November 9, 2017,’ mungkin merujuk kepada hari bangunan berkenaan diperiksa untuk memastikan tiada bahan letupan atau anggota Daish.

Bahagian dalam hospital juga tidak kurang teruknya, dengan bilik yang hitam akibat serangan udara. Beg pasir memenuhi beberapa ruang, digunakan sebagai benteng oleh pejuang Daish ketika pertempura­n akhir mereka.

Penduduk Raqa, Mohammad Hussein,

37, menceritak­an bagaimana anggota Daish memperkuku­h pertahanan sebelum dikalahkan, tahun lalu, termasuk menggali terowong dalam pada Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS semakin mara.

Dia yang kini anggota Suruhanjay­a Kesihatan Majlis Awam Raqa (RCC) badan yang kini mentadbir bandar berkenaan sejak Daish diusir - pernah bertugas sebagai jururawat di hospital berkenaan.

“Mereka menyimpan bekalan perubatan termasuk serum, darah, air dan generator sebagai persediaan menghadapi pertempura­n. Namun selepas beberapa hari dikepung, mereka akhirnya dikalahkan,” katanya.

Sejak itu, puluhan ribu orang kembali ke Raqa namun kehidupan seharian masih dipenuhi bahaya.

Daish meninggalk­an periuk api di sekitar bandar itu yang membunuh dan mencacatka­n penduduk Raqa, selain melancarka­n serangan ala gerila terhadap lokasi SDF.

“Kemusnahan hospital ini sebenarnya pukulan hebat terhadap penduduk di Raqa. Ia pernah merawat ratusan orang setiap hari satu ketika dulu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Khaled Abbud al-Hassan, 60, antara pesakit akhir yang menerima rawatan di situ selepas serangan udara yang membunuh anak perempuann­ya berusia empat tahun dan mencederak­annya.

“Doktor di situ dari Azerbaijan dan kebanyakan kakitangan­nya dari bandar Aleppo.

“Mereka melayan kami semua dengan baik, namun kira-kira seminggu berada di situ, hospital berkenaan dibom jadi kami diarahkan keluar,” katanya.

Amnesty Internatio­nal yang melawat Raqa sebelum ini menyifatka­n kemusnahan terhadap kediaman, sekolah dan infrastruk­tur perubatan sebagai ‘mengejutka­n’ malah menyelar pengeboman di situ oleh pakatan tentera diketuai AS yang dianggap sepatutnya membantu pembinaan semula bandar itu.

Pakatan tentera terbabit sudah membersihk­an puing dari jalan raya selain menghapusk­an periuk api di beberapa kawasan, namun dana belum diperoleh untuk pembaikpul­ihan hospital itu, kata pengerusi bersama RCC, Laila Mustafa.

“Ia memerlukan dana yang besar, hampir AS$6 juta (RM25 juta). Ini tidak termasuk peralatan perubatan,” katanya.

Menurutnya, RCC sedang berunding dengan pihak antarabang­sa untuk mendapatka­n dana membina semula satu wad hospital.

Sebaliknya, stadium Raqa yang digunakan sebagai penjara oleh Daish, sudah dibaiki sebahagian­nya malah perlawanan bola sepak pertama diadakan pada April lalu. - AFP

 ??  ?? 1. KEMUSNAHAN terhadap hospital memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.
2. WAD hospital dipenuhi peralatan rosak.
3. PAKATAN tentera disokong AS menawan semula Raqa pada Oktober tahun lalu.
4. KUBUR digali semula untuk pengebumia­n semula di Raqa, lebih setahun selepas Daish diusir dari situ.
1. KEMUSNAHAN terhadap hospital memerlukan kos tinggi untuk dibaiki. 2. WAD hospital dipenuhi peralatan rosak. 3. PAKATAN tentera disokong AS menawan semula Raqa pada Oktober tahun lalu. 4. KUBUR digali semula untuk pengebumia­n semula di Raqa, lebih setahun selepas Daish diusir dari situ.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia