Harian Metro

Kejayaan bintang kecil

-

Bersandark­an bakat besar dalam bidang lakonan, pelakon utama filem Harry Potter dikatakan menjadi tunjang sebenar kejayaan filem itu.

Daniel Radcliffe, Emma Watson dan Rupert Grint bintang kecil yang menjadi tumpuan dalam filem berkenaan.

Ketiga-tiganya hanya berusia 10, 11 dan 12 tahun ketika terjun ke bidang lakonan menerusi filem itu, dan pasti ramai peminat tertanya-tanya di manakah mereka sekarang?

1. Daniel Radcliffe (Harry Potter)

Radcliffe dianggarka­n mempunyai kekayaan sekitar 30 juta pound (RM163 juta) dan selepas lakonannya sebagai Harry Potter berakhir, dia cuba membuang imej itu daripada bayangan peminatnya.

Dia pernah berbogel untuk menjayakan watak Equus menerusi satu persembaha­n teater.

2. Emma Watson (Hermione Granger)

Emma berjaya masuk ke Universiti Brown di Amerika Syarikat untuk melanjutka­n pengajian.

Selain itu, dia berkecimpu­ng dalam dunia peragaan serta menjadi aktivis dalam mempromosi­kan kesaksamaa­n gender menerusi kempen HeForShe.

Selepas pengajian, dia pernah muncul dalam beberapa filem seperti ‘The Perks of Being a Wallflower,’ ‘The Bling Ring and Noah’ serta filem indie bertajuk ‘The Colony and Regression.’

Dia juga dinamakan duta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

3. Rupert Grint (Ron Weasley)

Berbeza dengan pelakon utama lain, Grint memilih memanfaatk­an hasil bayaran daripada filem itu dengan membeli trak ais krim dan bergerak di seluruh Hertfordsh­ire, England.

Selain membintang­i dua filem lain selain Harry Potter, pelakon itu juga menceburi pasaran hartanah dan dikatakan mempunyai portfolio bernilai jutaan pound.

4. Bonnie Wright (Ginny Weasley)

Bonnie yang kini berusia 26 tahun dan melanjutka­n pengajian dalam bidang filem di sebuah universiti selain berjinak-jinak dengan pengarahan.

Dia memberi fokus terhadap filem indie menerusi syarikat sendiri, BonBon Lumiere selain menjadi duta bagi FilmAid iaitu sebuah pertubuhan kebajikan pelarian dengan menggunaka­n filem untuk menceritak­an kisah mereka.

5. Tom Felton (Draco Malfoy)

Selepas Harry Potter, Felton membintang­i beberapa filem termasuk ‘A United Kingdon’ bersama Rosamund Pike selain ‘Risen’ dan ‘Rise of the Planet of the Apes’ pada 2011.

 ??  ?? TIGA bintang utama filem Harry Potter, (dari kiri) Watson, Radcliffe
dan Grint
TIGA bintang utama filem Harry Potter, (dari kiri) Watson, Radcliffe dan Grint
 ??  ?? 1. SURAT kemasukan ke Hogwarts yang digunakan dalam filem Harry Potter dilelong kepada peminat.
2. CERMIN mata bingkai bulat yang dipakai oleh Radcliffe 3. Kerusi yang digunakan oleh Rowling untuk menulis buku Harry Potter.
4. BUKU The Tales of Beedle the Bard.
5. SET Lego Harry Potter
Patung dan permainan Harry Potter.
1. SURAT kemasukan ke Hogwarts yang digunakan dalam filem Harry Potter dilelong kepada peminat. 2. CERMIN mata bingkai bulat yang dipakai oleh Radcliffe 3. Kerusi yang digunakan oleh Rowling untuk menulis buku Harry Potter. 4. BUKU The Tales of Beedle the Bard. 5. SET Lego Harry Potter Patung dan permainan Harry Potter.
 ??  ?? WATSON turut menceburi bidang peragaan
WATSON turut menceburi bidang peragaan
 ??  ?? RADCLIFFE terus bergiat dalam bidang lakonan
RADCLIFFE terus bergiat dalam bidang lakonan
 ??  ?? Wright ceburi bidang
pengarahan
Wright ceburi bidang pengarahan
 ??  ?? FELTON pernah membawakan watak sebagai Draco Malfoy
FELTON pernah membawakan watak sebagai Draco Malfoy
 ??  ?? GRINT beli trak ais krim hasil pendapatan Harry Potter
GRINT beli trak ais krim hasil pendapatan Harry Potter

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia