Harian Metro

Kekal cantik, berseri

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Minum air putih cara terbaik lancarkan sistem pencernaan dan merawat kulit

Kalau bercakap soal petua cantik, mungkin ramai yang ingin tahu amalan penjagaan diri diamalkan wanita muda ini. Selalu tampil dengan wajah segar berseri, Nor Ainaa Nabilla Nazirun, 23, tidak pernah lokek berkongsi tip bersolek di laman sosial Instagram.

Namun, mempelajar­i ilmu solekan saja mungkin tidak sempurna tanpa rutin dan petua penjagaan lain. Tambahan dalam keadaan cuaca yang kerap berubah, mungkin ada banyak tip berguna boleh dijadikan panduan ramai wanita seusianya.

Hati mengajak Ainaa berkongsi petua kecantikan diamalkan selepas membelek tutorial mekap terbarunya sempena Deepavali baru-baru ini.

Menurut anak kelahiran Port Dickson, Negeri Sembilan ini, dia mula memberi perhatian kepada penjagaan diri dan wajah sejak berada di sekolah menengah berikutan aktif dalam sukan merentas desa.

“Kalau sekarang, saya lebih menjaga penampilan dan wajah kerana tanggungja­wab sebagai jurumekap serta personalit­i media sosial. Saya kerap minum air mineral untuk melancarka­n sistem pencernaan dan merawat kulit. Sesekali, saya juga minum teh hijau untuk membuang toksin dalam badan,” katanya.

Jelas Ainaa, sama seperti kebanyakan wanita lain, dia juga tidak pernah lupa untuk memastikan wajahnya dibersihka­n selepas penggunaan mekap setiap hari.

“Saya sukakan produk yang mengandung­i bahan organik kerana memiliki kulit sensitif. Jika untuk kegunaan harian, saya banyak menggunaka­n produk sedia ada di pasaran. Dalam masa sama, saya juga amalkan diet seimbang dan petua ringkas untuk kesihatan kulit.

“Contohnya, saya selalu gunakan ais untuk disapu pada wajah. Sensasi sejuknya membantu mengecilka­n pori wajah, sekali gus mengelakka­n cela pada kulit,” katanya.

Bercerita mengenai setiap pagi, Ainaa berkata, dia wajib mengambil sarapan untuk tenaga sepanjang hari.

“Jika jadual pagi lapang, saya akan ke gimnasium. Tetapi, kalau tidak berkesempa­tan, saya akan curi sedikit masa untuk melakukan senaman ringkas supaya tubuh tidak mudah lesu dan wajah tampak segar berseri.

“Usai membersihk­an diri, barulah saya akan sapu ais ke wajah. Ini umpama rutin biasa untuk mendapatka­n solekan yang tahan lama. Kemudian, barulah saya sapu pelembap, bedak asas dan sapuan mekap lain.

“Ketika ini, penting untuk kita pastikan bahawa span dan berus mekap dalam keadaan bersih,” katanya.

Selain asas penjagaan wajah, Ainaa berkata, dia turut mempunyai beberapa petua khusus yang diamalkan pada waktu tertentu.

“Buah tomato umpamanya, saya akan lenyek untuk dijadikan pupur bagi membantu mengecutka­n jerawat dan merawat kulit kusam. Perahan lemon pula mampu memudarkan parut jerawat dan mencerahka­n kulit.

“Sesekali, saya juga menggunaka­n lendir aloe vera untuk disapu pada kulit wajah dan lengan. Ia mengurangk­an kesan terbakar akibat pancaran matahari dan boleh melebatkan rambut jika disapu pada kulit kepala.

“Ada waktunya, saya juga menggunaka­n serbuk soda penaik dicampur sedikit ubat gigi untuk memutihkan gigi,” katanya tersenyum.

Saya sukakan produk yang mengandung­i bahan organik kerana memiliki kulit sensitif

 ??  ?? AINAA
AINAA
 ??  ?? TIP
1. Banyakkan minum air putih
2. Makan buahbuahan dan sayuran 3. Amalkan pemakanan yang seimbang
4. Bersihkan muka selepas penggunaan mekap
5. Cuci muka sebelum tidur
6. Jangan picit jerawat untuk elak wajah berparut
7. Gunakan pelindung matahari ketika di luar rumah
8. Tidur secukupnya
TIP 1. Banyakkan minum air putih 2. Makan buahbuahan dan sayuran 3. Amalkan pemakanan yang seimbang 4. Bersihkan muka selepas penggunaan mekap 5. Cuci muka sebelum tidur 6. Jangan picit jerawat untuk elak wajah berparut 7. Gunakan pelindung matahari ketika di luar rumah 8. Tidur secukupnya
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia