Harian Metro

TUAH HAMILTON

- Reuters

„ Kuasai kategori pengeluar lima kali berturut-turut

Tuah membantu Lewis Hamilton memenangi Grand Prix Brazil awal pagi semalam dengan Mercedes muncul juara kategori pengeluar buat kali kelima berturut-turut ketika Max Verstappen berang akibat gagal muncul juara.

Ia kemenangan ke-72 dalam karier Hamilton dan ke-10 musim ini yang sudah meraih kejuaraan kategori pemandu buat kali kelima dan kini pelumba Britain itu membantu Mercedes meraih kejuaraan berganda.

Hamilton bermula di petak pertama namun tidak mampu menahan asakan pelumba Red Bull, Verstappen yang mendahului sehingga pelanggara­n dengan pelumba Force India, Esteban Ocon di pusingan ke-44 menyebabka­n jentera pelumba Belanda itu berpusing dan membolehka­n Hamilton kembali mendahului.

Verstappen kembali memberi saingan sengit namun gagal merapatkan jurang, menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan perbezaan 1.469 saat di belakang Hamilton.

Verstappen kemudianny­a melepaskan geram dengan memarahi Ocon selepas tamat perlumbaan namun dileraikan krew pasukan.

Pelumba veteran Ferrari, Kimi Raikkonen berjaya mengekang pesaing dari Red Bull, Daniel Ricciardo untuk menaiki podium pada penampilan ke-150 bersama pasukan Itali itu.

Ferrari perlu meraih 13 mata lebih daripada Mercedes untuk terus membuka peluang sehingga Abu Dhabi pada penghujung bulan namun gagal apabila Sebastian Vettel hanya menamatkan perlumbaan pada kedudukan keenam dan di belakang pelumba Mercedes, Valtteri Bottas.

Mercedes kini mengumpul 620 mata manakala Ferrari 533 mata.

“Ia kejuaraan berganda. Mercedes AMG adalah juara dunia,” kata Hamilton selepas muncul juara di Interlagos walaupun wujud kebimbanga­n mengenai tayar dan enjinnya.

“Ia perjalanan yang menakjubka­n bersama mereka. Inilah yang kami usahakan sepanjang tahun,” katanya yang sudah boleh berpesta ketika saingan berbaki satu perlumbaan.

“Saya sentiasa memberitah­u anda, satu penghormat­an berlumba untuk mereka. Hari ini adalah yang terbaik kami mampu lakukan, kami bergelut kerana berdepan masalah. Pada satu peringkat, kami tidak berada pada tahap terbaik.”

Hanya pasukan paling lama dan berjaya iaitu Ferrari berjaya meraih enam gelaran berturut-turut, ketika era emas bersama pelumba Michael Schumacher dari 1999 hingga 2004.

“Ia musim yang sangat sukar, kami di atas dan bawah. Ferrari bangkit dengan agresif dan Red Bull pada peringkat akhir namun ia menjadikan kejuaraan lebih manis untuk dinikmati,” kata bos pasukan, Toto Wolff.

 ?? Lewis Hamilton ?? Ia musim yang sangat sukar, kami di atas dan bawah. Ferrari bangkit dengan agresif dan Red Bull pada peringkat akhir namun ia menjadikan kejuaraan lebih manis untuk dinikmati” HAMILTON menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 1.469 saat.
Lewis Hamilton Ia musim yang sangat sukar, kami di atas dan bawah. Ferrari bangkit dengan agresif dan Red Bull pada peringkat akhir namun ia menjadikan kejuaraan lebih manis untuk dinikmati” HAMILTON menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 1.469 saat.
 ??  ?? HAMILTON
meraikan kemenangan
bersama pasukannya.
HAMILTON meraikan kemenangan bersama pasukannya.
 ??  ??
 ??  ?? GRAND Prix Brazil
merupakan kemenangan ke-72 dalam karier
Hamilton.
GRAND Prix Brazil merupakan kemenangan ke-72 dalam karier Hamilton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia