Harian Metro

Tertembak ibu ketika bergaduh

- Hazsyah Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Empat beradik termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun terselamat selepas terjatuh ke laut apabila rumah atas air didiami mereka di Jambatan Sembilan Kampung Sim-Sim di sini, roboh petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.35 petang itu, bayi terbabit, Putri Ramadania Balqis Mohammad Ridzuan bersama kakaknya, Putri Intan Sarafina, 4, serta dua abang mereka, Mohd Fazil, 6, dan Zaidi, 7, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, Putri

Intan Sarafina dan Mohd Fazil sempat berpaut pada beranda rumah, manakala Putri Ramadania Balqis dan Zaidi sempat didakap oleh bapa saudara mereka, Anuar Jumalah, 23, sebelum ketiga-tiganya turut terjatuh ke laut.

Anuar berkata, ketika kejadian dia sedang mencuci pinggan di dapur sebelum rumah sewa itu yang bersambung dengan sebuah rumah lama tidak berpenghun­i tiba-tiba roboh.

“Saya segera mendukung Putri Ramadania Balqis dan menyelamat­kan Zaidi yang ketika itu menonton televisyen tetapi kami jatuh bersama rumah ke dalam air.

“Saya kemudianny­a membawa mereka keluar, Beluran: Cubaan seorang wanita meleraikan pergaduhan anak lelakinya membawa padah apabila parah terkena tembakan senapang buatan sendiri jenis bakakuk dalam kejadian di hadapan rumah mereka di Kampung Berayong, Telupid di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 9 pagi itu, Rinah Dansik, 60, parah terkena tembakan yang dilepaskan anak lelakinya ketika cuba menghalang­nya menembak adik tirinya.

Rinah yang cedera di lengan serta payudara kiri dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Beluran Superinten­dan V Shivananth­an berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek berusia 33 tahun bersama bapa saudaranya dan seorang rakan meminum arak jenis tapai serta tumpung di rumah itu sempena hari jadi adik tirinya.

“Suspek dalam keadaan mabuk kemudianny­a bertengkar dengan adik tirinya itu dan dia yang tidak berpuas hati kemudianny­a pulang ke rumahnya yang terletak 200 meter dari lokasi kejadian sebelum kembali semula sambil membawa selaras senapang jenis bakakuk.

“Suspek cuba menembak adiknya tetapi dihalang oleh ibunya, manakala adik suspek cuba merampas senjata api terbabit hingga berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, suspek dikatakan tertekan picu senapang ketika pergelutan itu lalu terkena ibunya dan menyebabka­nnya tercedera sebelum dihantar ke Klinik Telupid sebelum dipindahka­n ke HDOK untuk rawatan lanjut.

“Suspek kemudianny­a ditahan di kawasan kampung berkenaan pada hari sama dan polis turut menemui senapang bakakuk yang dibuangnya di tepi jalan,” katanya.

Shivananth­an berkata, siasatan terhadap suspek mendapati dia tidak berniat untuk menembak ibunya dan mendakwa senapang itu hanyalah untuk tujuan menakut-nakutkan adik tirinya.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN rumah roboh secara tiba-tiba dalam air di Kampung Sim-Sim.
KEADAAN rumah roboh secara tiba-tiba dalam air di Kampung Sim-Sim.
 ??  ?? SENAPANG buatan sendiri jenis bakakuk digunakan suspek menyebabka­n seorang wanita cedera parah di Kampung Berayong.
SENAPANG buatan sendiri jenis bakakuk digunakan suspek menyebabka­n seorang wanita cedera parah di Kampung Berayong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia