Harian Metro

BOY TIGER DAN ISTERI DITAHAN

-

Kuala Lumpur: Suspek lelaki dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ yang diburu polis kerana disyaki mendera anak tirinya sehingga meninggal dunia akhirnya keluar dari persembuny­ian selepas empat hari ‘ghaib’.

Suspek, Khairul Izaini Khairuddin, 31, berjaya ditahan polis jam 11 pagi semalam ketika berada di Hospital Kajang, Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ketika itu mahu melawat isterinya, Noraini Samian, 20, yang mendapatka­n rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi.

“Ketika ditahan, suspek berusia 31 tahun itu sedang melawat isterinya yang dirawat di sana.

“Difahamkan, wanita berusia 20 tahun itu turut dikehendak­i polis sebelum ini selepas menghilang­kan diri selepas kematian anak kandungnya berusia tiga tahun akibat didera.

“Dia mendapatka­n rawatan di hospital berkenaan selepas melahirkan bayi lelaki di sebuah rumah inap desa di Hulu Langat, awal pagi semalam,” katanya.

Fadzil berkata, selain suspek lelaki itu, polis turut menahan wanita itu untuk siasatan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suami isteri terbabit akan direman dan bayi mereka diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara,” katanya.

Menurut Fadzil, selain kes membabitka­n kematian kanak-kanak berusia tiga tahun itu, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor turut menyiasat dua lagi kes penderaan kanak-kanak di Kajang mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??
 ??  ?? KHAIRUL Izaini
KHAIRUL Izaini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia