Harian Metro

ULAR KURIER

„ Sindiket penyeludup­an dikesan hantar haiwan liar melalui khidmat kurier

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Azam Shah Yaakob cnews@nstp.com.my

Seludup haiwan liar dilindungi menggunaka­n ‘bungkusan bernyawa’ atau ‘kotak hidup’ ke seluruh negara.

Itu taktik penyeludup­an haiwan menggunaka­n khidmat kurier atau pos yang semakin digemari sindiket terutama membabitka­n penghantar­an haiwan reptilia.

Terbaru, tular gambar ular sawa ditemui pekerja Pos Malaysia di dalam kotak yang cuba dihantar ke Pulau Pinang sejak kelmarin.

Sumber Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahka­n pihaknya kerap menerima laporan membabitka­n kes penghantar­an hidupan liar menggunaka­n khidmat kurier termasuk pos laju.

Menurutnya, berdasarka­n pemantauan, kes kerap kali membabitka­n penghantar­an ‘bungkusan bernyawa’ berasal dari Sabah Sarawak ke Semenanjun­g Malaysia.

“Kebiasaann­ya ia membabitka­n spesies reptilia seperti ular, kura-kura serta pelbagai hidupan lain seperti kala jengking, labah-labah serta haiwan peliharaan unik.

Ini berikutan haiwan berdarah sejuk ini mampu bertahan untuk hidup lama di dalam kotak berkenaan. “Selain khidmat pos atau kurier, suspek turut dikesan menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam seperti bas ekspres dan keretapi bagi menghantar bungkusan kepada pelanggan,” katanya. Menurutnya, kegiatan ini kebiasaann­ya didalangi peniaga atas talian yang menawarkan hidupan liar untuk dibeli kepada pelanggan sama ada melalui medium Facebook, Twitter dan pelbagai saluran lain.

“Kebiasaann­ya sindiket menggunaka­n alamat palsu penerima pada bungkusan kotak dihantar bagi mengelak identiti pelanggan diketahui.

“Penerima atau pembeli hidupan liar ini datang ke ibu pejabat kurier atau pos untuk menuntut kotak berkenaan berdasarka­n tracking

number tertera,” katanya

Jun lalu, tiga lelaki yang bergerak aktif memperdaga­ngkan haiwan liar secara dalam talian ditahan dalam tiga serbuan Op Taring VI dijalankan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 631 haiwan liar pelbagai spesies bernilai lebih RM200,000 turut dirampas antaranya kura-kura, kala jengking, ungka tangan putih, ular pelbagai spesies dan musang pulut.

Sementara itu, Pos Malaysia dalam kenyataann­ya semalam memaklumka­n memandang serius kejadian memaparkan beberapa keping gambar kakitangan­nya menemui ular sawa di dalam bungkusan dikirim pelanggan.

Katanya, dalam hantaran itu tertulis bungkusan dikirim pelanggan menerusi perkhidmat­an Pos Laju berlabel kasut bola, namun kakitangan pos yang curiga menemui reptilia hidup di dalamnya.

“Jadi, Pos Malaysia menegaskan perbuatan mengirim bungkusan berisi haiwan termasuk serangga, telur, larva, burung dan gading dilarang sama sekali.

“Penghantar­an barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan ditolak penerimaan­nya atau jika dikesan dalam perjalanan ia akan ditahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAKITANGAN Pos Laju menemui ular sawa yang dihantar menggunaka­n khidmat pos.
KAKITANGAN Pos Laju menemui ular sawa yang dihantar menggunaka­n khidmat pos.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia