Harian Metro

Terap agama, sahsiah si cilik

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Melahirkan tahfiz cilik menjadi objektif utama penubuhan prasekolah Az Zahra Genius Kids di Subang Bestari di sini, yang mula beroperasi awal tahun ini, sekali gus melahirkan lebih ramai huffaz.

Penubuhan tahfiz itu dianggap tepat pada masanya berikutan kurangnya sistem pendidikan peringkat awal yang memberi penerapan mengenai pengenalan kepada ilmu al-Quran.

Pengasas Az Zahra Genius Kids Mohd Dailami Che Age berkata, sistem pendidikan tahfiz bagi peringkat sekolah rendah dan menengah bukan asing di negara ini namun untuk prasekolah ia masih baharu.

“Kita melihat bahawa pentingnya memperkena­lkan sistem pendidikan aliran tahfiz sejak dari prasekolah supaya kanak-kanak seawal usia lima tahun dan ke atas dapat mendalami teknik menghafaz.

“Tidak mustahil penerapan diberikan dapat membentuk sahsiah mereka. Menerusi pengenalan peringkat awal ini juga, kita berharap lebih ramai huffaz dilahirkan pada usia muda, sekali gus menjamin perkembang­an syiar Islam di negara ini dan Nusantara.

“Pusat pendidikan Az Zahra tidak hanya memberi fokus kepada pendidikan prasekolah aliran tahfiz, murid diajar subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan kemahiran komunikasi,” katanya.

Mohd Dailami yang juga Mudir Pusat Tahfiz Darul Ulum Az Zahra berkata, pusat pendidikan prasekolah itu

 Az Zahra Genius Kids perkenal sistem aliran tahfiz seawal umur lima tahun

adalah platform terbaik untuk ibu bapa kerana ia merangkumi sistem pendidikan arus perdana di samping pendidikan asas tahfiz.

Beliau berkata, kanak-kanak yang mengikuti sistem prasekolah ini dijamin mampu untuk menghafaz surah-surah lazim tatkala mereka menamatkan pembelajar­an di peringkat berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga merancang untuk meluaskan lagi rangkaian pusat pendidikan prasekolah ini dan disasarkan sebanyak 20 cawangan akan dibuka sepanjang 2019 hingga 2021.

“Ibu bapa boleh memilih sama ada untuk meneruskan pengajian tahfiz atau memilih sistem pendidikan arus per- dana kerana anak mereka sudah ada kedua-dua kelebihan itu.

“Untuk itu, sepanjang November dan Disember ini, kita membuka pendaftara­n murid baru dan 30 pendaftara­n ter- awal akan menikmati potongan harga. “Bagi kadar biasa, bayaran pendaftara­n adalah RM940 setahun namun bagi pendaftara­n terawal ki- ta memberikan diskaun kepada RM700 saja.

“Manakala bagi yuran bulanan ada dua kategori iaitu anak-anak separuh hari dikenakan pada kadar RM250 bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari manakala untuk sepanjang hari dikenakan yuran sebanyak RM450,” katanya.

Katanya, pusat pendidikan itu turut menyediaka­n perkhidmat­an pelajar transit dan caj dikenakan adalah RM160 saja.

“Ibu bapa yang berminat boleh melakukan pendaftara­n secara dalam talian menerusi azzahragen­iuskids.com atau menghubung­i 03-77343970 untuk maklumat lanjut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia