Harian Metro

Belayar elak rosak

-

 Equanimity tidak boleh berlabuh di suatu tempat sepanjang masa

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Equanimity dibawa ke Pulau Langkawi kerana kapal mewah itu tidak boleh terus berlabuh di sesuatu tempat sepanjang masa.

Kata Dr Mahathir, kapal akan menghadapi masalah jika ia terus bertumpu di satu tempat untuk tempoh yang panjang.

“Kapal mesti belayar...anda tidak boleh terus menyimpann­ya (berlabuh) sepanjang masa kerana ia boleh menyebabka­n teritip dan sebagainya berkumpul.

“Jadi, ia perlu belayar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Dr Mahathir berkata, demikian apabila ditanya mengapa kapal layar mewah itu belayar dari Pelabuhan Klang ke Langkawi.

Beliau yang berada di Singapura sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan sidang kemuncak berkaitan berkata, tidak tahu mengenai perkara itu ketika ditanya mengenai pergerakan Equanimity.

“Saya tidak tahu .... terima kasih kerana memberitah­u saya.

“Saya harap apabila pergi ke Langkawi, saya dapat melihatnya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, mahkamah sudah memutuskan bahawa Equanimity adalah milik Malaysia dan ia bermakna “kita boleh meletakkan­nya di mana sahaja.”

“Matlamat utama kerajaan bukan untuk menyimpan kapal terbabit, kita tidak memerlukan kapal yang besar...terlalu mewah untuk kami.

“Kami mahu menjualnya...jadi jika anda dapat membantu mencari pembeli, kami amat berterima kasih,” katanya.

Media melaporkan bahawa Equanimity akan berada di Pulau Langkawi sehinggala­h proses pembidaan untuk kapal layar mewah itu berakhir pada 28 November ini.

Kapal itu kini berlabuh di pangkalan tentera laut di pulau berkenaan.

Proses pembidaan untuk Equanimity bermula pada 28 Oktober, dengan pembeli yang berminat perlu meletakkan deposit sebanyak AS$ 1 juta (RM4.19 juta).

Pihak pembida boleh melihat kapal dan membuat tawaran sebaik sahaja deposit ini dibayar.

 ??  ?? DR Mahathir ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Russia ketiga sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Suntec, Singapura.
DR Mahathir ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Russia ketiga sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Suntec, Singapura.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia