Harian Metro

‘Ibarat iktiraf keganasan’

-

Singapura: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rancangan Australia memindahka­n kedutaanny­a ke Jerusalem ibarat mengiktira­f keganasan Israel terhadap Palestin.

Perdana Menteri berkata, walaupun Australia masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, negara terbabit perlu mengetahui punca sebenar dalam menangani keganasan.

“Menambah punca kepada keganasan tidak akan membantu menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Australia belum membuat keputusan. Mereka sedang menimbangk­annya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincang­an dua hala dengan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, di sini.

Dr Mahathir secara konsisten menentang keganasan yang dilakukan Israel terhadap Palestin.

Dalam ucapannya pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) September lalu, Dr Mahathir berkata, dunia seolah-olah menyokong Israel termasuk memprovoka­si Palestin dengan mengiktira­f Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

“Kecewa dan marah menyebabka­n kumpulan yang simpati terhadap Palestin menggunaka­n pendekatan yang kita panggil sebagai keganasan. Tetapi, apa yang lebih penting ialah sebarang tindakan menakutkan manusia juga adalah tindakan keganasan.

“Negara yang menjatuhka­n bom atau melancarka­n roket hingga membunuh insan yang tidak bersalah juga adalah tindakan yang menakutkan orang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia