Harian Metro

Mudah Auto kekal nombor satu

-

Mudah Auto, sebahagian daripada mudah.my, mengekalka­n kedudukan teratas sebagai laman web automotif paling kerap dilawati di Malaysia, demikian menurut data terkini firma pengukur dunia digital, ComScore Inc.

Ketua Pegawai Eksekutif mudah.my, Gaurav Bhasin berkata, dalam kategori Automotif ComScore, Mudah Auto kekal di kedudukan nombor satu untuk tempoh lapan bulan pertama 2018 dengan purata 676,000 pengunjung setiap bulan.

Katanya, angka itu menjangkau 40 peratus daripada keseluruha­n pelayar Internet automotif Malaysia dan tiga kali lebih banyak pelawat berbanding pesaing terdekat.

“Berbanding platform automotif lain di Malaysia, Mudah Auto juga menduduki tempat pertama untuk purata minit diluangkan setiap pelawat di telefon bimbit.

“Mengekalka­n tempat teratas untuk laman web automotif di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut adalah satu kejayaan, tetapi pencapaian sebenar ialah apabila kami dapat memajukan hubungan pelanggan di samping membina kepercayaa­n,” katanya.

Sementara itu, mudah.my turut mengumumka­n dua penambahba­ikan produk baru iaitu Pengesahan Auto Mudah dan PRO Niaga Cars.

Bhasin berkata, Pengesahan Auto Mudah membolehka­n penjual kereta mengesahka­n penyenarai­an iklan mereka secara dalam talian dengan menghantar kad pendaftara­n kereta kepada Mudah Auto manakala

PRO Niaga Cars adalah peningkata­n model sebelumnya yang bertujuan meningkatk­an pengalaman pelanggan untuk peniaga kereta secara khusus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia