Harian Metro

BURU TROFI KE-6

-

 Djokovic mara ke separuh akhir Kejuaraan Akhir ATP

Novak Djokovic mara ke separuh akhir Kejuaraan Akhir ATP selepas pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev, 6-4, 6-1, semalam.

Djokovic kini memburu trofi Kejuaraan Akhir ATP keenam dan kejuaraan penamat musim pertama di O2 Arena London sejak 2015.

Dalam penampilan ke-11 dikejohana­n itu, bintang Serbia itu sah mara ke saingan empat terakhir untuk kali kelapan selepas Marin Cilic menewaskan John

Isner 6-7 (2/7),

6-3, 6-4 dalam satu lagi perlawanan.

Djokovic yang menewaskan Isner dalam aksi pembukaan mempamerka­n prestasi hebat sejak pertengaha­n tahun ini dan menjulang trofi di tebing Sungai Thames adalah cara terbaik menamatkan musim gemilangny­a.

Djokovic akan menentang Cilic dalam aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini manakala Zverev yang menewaskan Cilic dalam perlawanan pembukaan akan menentang Isner.

Pemain Serbia berusia 31 tahun itu menepis tanggapan pengkritik yang menganggap era kegemilang­annya telah berakhir selepas mengalami kecederaan sehingga menjejaska­n prestasi- nya pada 2017.

Djokovic membuktika­nnya dengan bangkit bergaya apabila menjuarai Wimbledon dan Terbuka AS. Dia kembali menjadi pemain nombor satu dunia dan muncul pemain pertama menang semua sembilan kejohanan Master 1000.

“Saya mendapati ia lebih sukar berbanding perlawanan pertama menentang John Isner. Saya bermain dengan baik pada separuh pertama set kedua dan mula memukul bola dengan baik,” kata Djokovic yang hanya kalah dua kali pada Kejuaraan Akhir sejak 2012.

“Zverev mempunyai servis awal yang hebat tetapi peratusnya jatuh pada set kedua dan ia membolehka­n saya mencuri peluang. Dia melakukan banyak kesilapan yang membantu saya untuk menang.

“Saya akan menghabisk­an masa berkualiti bersama keluarga dan bersiap sedia untuk perlawanan terakhir kumpulan.”

 ??  ?? DJOKOVIC tewaskan Zverev, semalam.
DJOKOVIC tewaskan Zverev, semalam.
 ??  ?? ZVEREV
ZVEREV
 ??  ?? CILIC
CILIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia