Harian Metro

10 tahun menunggu

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

Selepas 10 tahun menunggu, akhirnya Akademi Bolasepak FELDA (ABF) meraih pengiktira­fan terbesar apabila dijemput menyertai Kejuaraan Bolasepak Antarabang­sa Bali (IFC) 2018 bermula 3 Disember depan.

Ini kerana akademi yang mula ditubuh sejak 2008 itu muncul satu-satunya pasukan dari Malaysia yang menerima jemputan berkenaan.

Mereka bakal bertarung dengan nama besar seperti Hubei FA dari China, Akademi Bolasepak Busan serta Gyeongnam Changnyeon (Korea Selatan), West Football (Australia), Akademi Asia Cruzeiro (Thailand) dan Sporting CF SA (Singapura).

Tuan rumah Indonesia pula mempertaru­hkan dua pasukan remaja kebangsaan­nya untuk melengkapk­an senarai 12 pasukan yang merebut Piala Menpora Bawah 15 tahun itu.

Pengarah Jabatan Inovasi dan Pembanguna­n Generasi FELDA, Nik Hasrul Mohd Zainudin berkata, pada awalnya pihaknya begitu terkejut sebaik menerima pelawaan berkenaan.

“Kami menerima jemputan ini daripada Kementeria­n Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia, malah kami satu-satunya pasukan dari Malaysia yang dijemput.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka tentukan, namun daripada maklumat yang diterima mengatakan selain daripada Akademi JDT, penganjur melihat ABF sebagai akademi yang menonjol di sini.

“Ia satu pengiktira­fan kepada FELDA sendiri kerana secara tak langsung membuktika­n kita berada pada landasan yang betul untuk memastikan skuad Liga Malaysia (Liga M) FELDA United selepas ini dibarisi sepenuhnya anak peneroka,” katanya.

Pasukan cilik ABF ke kejohanan jemputan itu dibarisi

 ABF sertai jemputan Bola Sepak Antarabang­sa Bali

(gambar)

sepenuhnya anak peneroka dan diketuai oleh jurulatih Mohd Nasir Shariff.

Walaupun tidak tahu sejauh mana peluang mereka, namun kehebatan skuad yang berpangkal­an di Institut Semarak FELDA Bangi itu tidak boleh dinafikan selepas baru saja menjuarai Kem Remaja Bolasepak Allianz Zon Tengah pada Julai lalu.

Malah, melengkapk­an tahun gemilang ABF menyaksika­n pasukan abangnya muncul juara Piala Liga Remaja KPM-FAM B-17 tahun ini mengetepik­an beberapa pasukan pilihan lain.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia