Harian Metro

Hang-seo hidu helah Cheng Hoe

-

mengatasi Kemboja 1-0 dan terpaksa bangkit daripada ketinggala­n satu gol sebelum menang 3-1 dengan Laos untuk mengumpul enam mata bagi menduduki tangga teratas kumpulan.

Bagaimanap­un, Cheng Hoe sedar mereka tidak boleh mengulangi kesilapan sama menentang Vietnam yang kini menduduki ranking ke-102 dunia dan layak ke pusingan akhir Piala Asia tahun depan.

“Pemain sudah belajar sesuatu kerana apabila kita dibolosi gol awal, kita terpaksa gandakan usaha untuk mendapatka­n kemenangan, saya rasa perlawanan esok (malam ini) cukup penting untuk pemain tidak hilang fokus dan tidak melepaskan Hanoi: Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sudah menghidu perangkap yang cuba dipasang pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pada pertembung­an malam ini.

Beliau percaya, kata-kata Cheng Hoe yang tidak mahu meletakkan harapan tinggi sebaliknya keputusan seri sudah memadai hanyalah sekadar mahu menyedapka­n hati pasukan tuan rumah.

“Saya tak fikir beliau (Cheng Hoe) hanya mahu satu mata, beliau mesti datang ke sini untuk meraih kemenangan. Tidak kisah apa yang beliau katakan, kami tetap akan bersedia dan menyerang habis-habisan,” katanya dalam sidang media praperlawa­nan, semalam.

Vietnam turun dengan reputasi hebat pada kempen kali gol awal.

“Jika situasi itu berlaku ia akan menyukarka­n kita untuk mendapat keputusan positif tetapi sebagai jurulatih, saya melihat pasukan kita ada peningkata­n,” katanya ketika ditemui selepas sidang media praperlawa­nan, semalam.

Andai berjaya meraih kemenangan ke atas pasukan juara 2008 itu, skuad Harimau Malaya sudah sebelah kaki mara ke separuh akhir sebelum berdepan Myanmar pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 November ini.

Cheng Hoe yang masih berteka-teki untuk menurunkan pemain sayap naturalisa­si, Mohamadou Sumareh yang sebelum ini mengalami kecederaan hamstring ini selaku pasukan terbaik Asia Tenggara apatah lagi menduduki ranking 102 dunia berbanding Malaysia, di tangga 169.

Malah, Vietnam yang digelar ‘The Golden Dragons’ itu menurunkan skuad generasi emas mereka di mana 15 pemain skuad bawah 23 tahun yang muncul naib juara Kejohanan AFC di China pada Januari lalu bergabung dengan lapan pemain senior. turut membayangk­an untuk membuat sedikit rombakan dalam pasukan.

Ini bagi mengawasi pergerakan trio serangan berbahaya tuan rumah iaitu kapten, Nguyen Van Quyet, Nguyen Chong Phuong dan Nguyen Quang Hai.

“Kita harap terutama pemain pertahanan lebih fokus untuk mengawal serangan Vietnam di mana kapten nombor 10 (Van Quyet), nombor 19 (Quang Hai) dan 14 (Chong Phuong) menjadi tonggak serangan mereka.

“Tapi kita juga mampu melakukan serangan cuma kita jangan cepat hilang bola. Kita boleh jaringkan gol untuk mendapatka­n kemenangan,” kata bekas penolong jurulatih skuad juara 2010 itu.

Bagaimanap­un, Hang-seo tetap berwaspada dengan ancaman Harimau Malaya yang menewaskan Vietnam 4-2 pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi pada 2014 meskipun mereka menebus semula pada saingan peringkat kumpulan di Yangon dengan kemenangan 1-0 pada 2016.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkata, mereka perlu segera memperbaik­i kelemahan untuk memburu kemenangan kedua selepas membenam Laos 3-0 pada aksi pembukaan minggu lalu.

“Pada perlawanan dengan Laos, kami menghadapi masalah di bahagian pertahanan dan ketika melakukan hantaran. Kami sudah menjalani latihan dan harap kami boleh beraksi lebih baik selepas ini,” katanya.

 ??  ?? SKUAD kebangsaan menjalani latihan menjelang perlawanan AFF 2018 bertemu Vietnam.
SKUAD kebangsaan menjalani latihan menjelang perlawanan AFF 2018 bertemu Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia