Harian Metro

Siasatan VLN siap 80 peratus

- Hishamuddi­n

Kuala Lumpur: Siasatan isu Visa Luar Negara (VLN) bagi kemasukan pelancong China ke negara ini sudah 80 peratus siap.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas

(BOK) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Hishamuddi­n Hisham berkata siasatan dilakukan terhadap syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang diberikan hak eksklusif oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) dua tahun lalu.

Menurutnya, pasukan BOK yang memulakan siasatan sejak akhir September lalu itu merampas buku ‘faraid’ yang merekodkan pembayaran pihak syarikat kepada ahli politik, pelobi dan pegawai kerajaan.

“Berdasarka­n itu, kita panggil mereka dan rekodkan kenyataan,” katanya menjelaska­n, elemen rasuah dikesan membabitka­n pembayaran antara RM5 juta hingga RM10 juta sebulan.

Hishamuddi­n berkata, ada pegawai kerajaan yang terpalit dengan siasatan secara sukarela mahu menyerahka­n kembali wang rasuah yang diterima daripada syarikat atas alasan menyesal dan insaf.

“Biarpun mereka mengakui terbabit, insaf dan menyesal dengan perbuatan itu serta mahu memulangka­n semula Mereka mengakui terbabit, insaf dan menyesal dengan perbuatan itu serta mahu memulangka­n semula wang berkenaan” wang namun siasatan SPRM tidak terhenti disebabkan perkara itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009, Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia