Harian Metro

SATU TAN RM35 JE...

 Polis selamat 11 warga asing ditindas di kilang kayu

- Shamsul Munir Safini shamsulmun­ir@nstp.com.my

Upah RM35 untuk setiap satu tan kayu getah yang dipotong. Itu bayaran diterima 11 pekerja warga asing dari Myanmar dan Bangladesh yang dieksploit­asi majikannya warga tempatan di sebuah kilang kayu getah di Ara Kuda, di sini.

Kegiatan itu dikesan hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di premis berkenaan pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua enam warga Bangladesh dan lima warga Myanmar itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, kesemua mangsa juga didapati sudah bekerja di kilang kayu getah itu sejak lima tahun lalu.

“Mangsa terbabit juga tidak diberikan penginapan yang sesuai, sebaliknya tinggal dalam pondok buruk di tepi kilang yang dibina daripada bahan terpakai.

“Mereka juga tidak dibayar gaji pokok dan hanya menerima upah memotong kayu getah antara RM35 hingga RM45 untuk setiap satu tan kayu getah yang dipotong,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, menurut maklumat dikatakan sehari purata kayu getah yang dipotong mereka ialah satu tan.

Selain itu, katanya, mangsa juga hanya diberi rehat satu hari setiap minggu dan tiada kemudahan pengangkut­an.

“Jika sakit, mereka diberi ubat dari kedai runcit saja. Mereka juga tiada perlindung­an insuran walaupun pekerjaan mereka berisiko tinggi kerana membabitka­n mesin pemotong kayu.

“Mangsa tidak menyedari upah yang diterima murah dan hak sebagai pekerja tidak diberikan,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa terpaksa bertahan untuk bekerja di situ berikutan mereka tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek lelaki dipercayai penjaga dan penyelia kilang.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan 11 warga asing berkenaan diselamatk­an mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagan­gan Manusia dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007.

 ??  ?? KEADAAN dapur yang digunakan pekerja. WARGA asing yang bekerja di kilang kayu getah di Ara Kuda, semalam.
KEADAAN dapur yang digunakan pekerja. WARGA asing yang bekerja di kilang kayu getah di Ara Kuda, semalam.
 ??  ?? PONDOK tempat tinggal pekerja.
PONDOK tempat tinggal pekerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia