Harian Metro

4,318 LAMAN LUCAH DISEKAT

-

han melayari laman web pornografi sangat serius dan harus dibendung dengan segera.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata, melayari laman web pornografi mendatangk­an kesan negatif kepada semua peringkat usia tidak kira orang dewasa, remaja atau kanak-kanak.

Beliau berkata, laman web pornografi boleh dikawal dengan sekatan akses dan menguatkua­sakan undang-undang.

“Bagi mengekang aktiviti yang tidak bermoral ini daripada terus menular, kerajaan mengambil langkah antaranya dengan menyekat akses ke laman porno dan mengadakan promosi untuk menyekat akses.

“Kami turut bekerjasam­a dengan pembekal Internet untuk menyediaka­n bagi menyekat akses.

“Sejak 2015 hingga Oktober lalu, sekatan terhadap 4,318 laman pornografi sudah dilaksanak­an dan dari jumlah itu, sebanyak 399 laman adalah berunsur pornografi kanak-kanak,” katanya, di sini, semalam.

Eddin Syazlee berkata, melalui penguatkua­saan pula, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) terhadap pihak yang menyalahgu­nakan Internet.

“Ia termasuk menyimpan dan menyebarka­n kandungan yang berbentuk sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik.

“Kementeria­n juga mengambil tindakan seperti mengeluark­an notis bagi menurunkan kandungan, laporan penyalahgu­naan kepada penyedia

 399 daripada dibanteras papar pornografi kanak-kanak

atau pentadbir platform laman web atau media sosial dan menyekat akses kepada laman web berkenaan.

“Selain aspek penguatkua­saan, kerajaan juga menekankan aspek berbentuk pendidikan dan kesedaran bagi memupuk budaya pengguna Internet secara bijak,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia