Harian Metro

‘SUKA HATILAH NAK KOMEN’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Zizi Kirana tak ambil peduli kritikan netizen label dirinya bintang filem porno

Kuala Lumpur: “Mungkin saya tidak kaya seperti bakal suaminya. Saya tidak kecewa, cuma sedikit terkilan apabila hubungan kami tidak kesampaian,” kata Azrel Ismail, 33, mengenai pelakon Ruhainies, dikatakan dilamar kekasihnya dikenali sebagai Mr E ketika bercuti di Itali, baru-baru ini.

Azrel berkata, dia tetap mendoakan yang baik-baik untuk Ruhainies dan bakal suaminya yang juga ahli perniagaan.

Menurut Azrel, dia juga mengetahui berita Ruhainies dilamar kekasihnya itu menerusi berita yang dilaporkan media.

“Saya juga ada menghantar ucapan tahniah kepadanya di Instagram miliknya. Saya selesa ketika berkawan rapat dengannya sejak kami berlakon bersama dalam drama Menantu Ting Tong, dua tahun lalu.

“Namun, saya melihat ada yang tidak kena dalam hubungan kami dan terpaksa akur kami tiada jodoh,” katanya.

Azrel berkata, dia juga tiada masalah untuk berlakon dengan Ruhainies andai dipertemuw­anita

Penyanyi Zizi Kirana enggan ambil peduli dengan komen netizen yang melabelkan dirinya seperti bintang filem lucah kerana kerap memuat naik gambar berpenampi­lan seksi di Instagram.

Zizi, 33, popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak Lepak Mamak itu berkata, dia tidak berkecil hati dengan komen sebegitu kerana mereka tidak mengenali siapa dirinya sebenar.

“Apabila mereka melihat daripada sudut negatif, memang negatiflah jadinya. Suka hatilah mereka dengan tafsiran imaginasi sendiri melihat foto itu.

“Saya tidak peduli dan tidak pasti apa sebenarnya yang mereka cuba buktikan dengan melabel saya sedemikian rupa. Ibu saya sendiri tidak bising pun dengan cara penampilan saya ini,” katanya.

Penyanyi ini juga tidak merancang untuk menutup ruangan komennya dan membiarkan saja pengikutny­a bebas memberikan komen.

“Tidak terfikir langsung sampai nak tutup ruangan komen walaupun saya banyak mendapat komen negatif. Biarlah mereka sesuka hati meninggalk­an apa saja komen.

“Kalau saya tutup pun, mesti ada yang cari jalan untuk komen mengenai saya di tempat lain pula. Ibaratnya seperti viruslah, komen sebegitu akan merebak ke mana-mana,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi juga menafikan penampilan­nya semakin seksi adalah gimik untuk projek akan datang.

“Bukan gimik pun. Tiada kaitan dengan lagu akan datang disebabkan saya pun baru lancarkan single baharu,” katanya yang baru tampil dengan lagu berjudul Siapa Yang Bap Bap.

 ??  ??
 ??  ?? ZIZI tidak berkecil hati dengan komen negatif netizen terhadap gambar berpenampi­lan seksi.
ZIZI tidak berkecil hati dengan komen negatif netizen terhadap gambar berpenampi­lan seksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia