Harian Metro

Tulang, tengkorak paling mahal

-

Kuala Lumpur: Tulang dan tengkorak harimau menjadi bahagian paling bernilai berbanding kulit harimau di pasaran gelap.

Ini susulan tulang harimau mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembuat arak selain pengeluar produk ubat-ubatan tradisiona­l.

Tulang haiwan karnivor ini didapati menjadi bahan utama bagi penghasila­n arak yang amat popular di Vietnam, Laos dan China selain turut dieksport hingga ke Amerika Syarikat.

Pertubuhan hak asasi

Four Paws mendapati produk wain atau arak dihasilkan daripada serbuk tulang harimau giat diseludup masuk ke Eropah berikutan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan komuniti elit.

“Setiap liter arak tulang harimau boleh dijual sehingga AS$2,000 (RM8,380) di pasaran gelap. Arak ini mendapat permintaan tinggi berikutan kepercayaa­n ia boleh menyembuhk­an pelbagai penyakit, mengubat mati pucuk dan memanjangk­an usia.

“Kesukaran mendapatka­n bekalan tulang harimau Asia menyebabka­n pembekal berusaha mendapatka­n tulang singa Afrika bagi memenuhi permintaan di pasaran gelap.

“Manakala kulit harimau boleh mencecah harga sehingga AS$20,000 (RM83,800) setiap satu.

“Selain tulang harimau bahagian lain harimau termasuk kuku dan gigi taringnya turut dijadikan tangkal ‘tuah’ dan diperdagan­gkan sebagai trofi manakala darah, organ seks dan dagingnya dijadikan hidangan eksotik di restoran.

“Dalam erti kata lain, seluruh bahagian tubuh harimau boleh memberikan keuntungan jika dijual,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) tidak menolak kemungkina­n pembabitan sindiket tempatan dengan sindiket antarabang­sa di dalam perdaganga­n hidupan liar berkenaan.

Selain rakyat tempatan, kebiasaann­ya rakyat asing seperti Thailand, Kemboja dan Vietnam seringkali didapati terbabit dalam jenayah itu.

 ??  ?? KULIT harimau antara bahagian yang mendapat permintaan tinggi.
KULIT harimau antara bahagian yang mendapat permintaan tinggi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia