Harian Metro

AMUK MARKAH SKT 80

- Mohd Roji Kawi cnews@nstp.com.my

Lelaki naik angin serang penyelia dengan parang

Gara-gara tidak berpuas hati dengan markah sasaran kerja tahunan (SKT) diberikan penyelia, seorang lelaki yang bertugas di agensi kerajaan di sini, cuba menyerangn­ya dengan parang, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, lelaki berusia 31 tahun datang ke pejabat dengan membawa parang dan berjumpa penyeliany­a yang juga seorang wanita berusia 34 tahun.

Ketua

Polis Daerah Limbang Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa yang terkejut dengan kehadiran lelaki dalam keadaan marah itu cuba berbincang, tetapi suspek terus menghunus parang.

Menurutnya, nasib baik seorang lelaki yang juga kakitangan pejabat itu dapat menghalang suspek sebelum dia meninggalk­an pejabat itu.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perasaan tidak puas hati suspek terhadap penyeliany­a kerana memberi markah SKT 80 peratus berbanding 87 peratus sebelum itu.

“Siasatan juga mendapati suspek seorang panas baran dan sukar menerima teguran pegawai atasan serta bertugas di bawah seliaan wanita itu sejak dua tahun lalu,” katanya.

Mohd Bukhori berkata, sebelum ini pernah tercetus perselisih­an faham antara mereka berhubung masalah kerja, tetapi kes diselesaik­an pada peringkat dalaman.

“Mangsa tidak cedera dalam kejadian yang turut disaksikan beberapa rakan sekerja,” katanya.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Limbang pagi kelmarin kerana bimbangkan keselamata­nnya.

Katanya, bertindak atas laporan berkenaan, polis menahan suspek di rumah tidak bernombor di Kampung Patiambun, Limbang jam 12.35 tengah hari kelmarin.

 ??  ?? SUSPEK ditahan dan dibawa ke Mahkamah Limbang.
SUSPEK ditahan dan dibawa ke Mahkamah Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia