Harian Metro

6 BULAN TIDUR ATAS KERUSI RODA

- Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar cnews@nstp.com.my

Menghidap penyakit saraf dan tulang belakang hingga terpaksa duduk di atas kerusi roda tidak mematahkan semangat bapa kepada empat anak ini mendapatka­n segulung ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Islam.

Segala pengorbana­n dan kepayahan itu ditempuhi dengan tekun demi menunaikan impian arwah orang tuanya yang mahu melihat anak mereka mendapat pendidikan tertinggi.

Asyraf Ridwan Ali, 44, yang bertungkus-lumus menamatkan pengajian dalam keadaan kesihatan tidak mengizinka­n kini mampu menarik nafas lega apabila dia antara 2,836 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang menamatkan pengajian dalam Majlis Konvokesye­n UniSZA Ke-10 yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam.

Dr Asyraf yang juga Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail berkata, dia menyambung pengajian pada 2012 kerana mahu menunaikan hasrat orang tuanya walaupun dua insan tersayang itu sudah tiada.

Katanya, dia mula sakit pada 2015 dan memang banyak

Lelaki hidap penyakit saraf, tulang belakang genggam PhD

cabaran kerana tidak boleh berdiri dan hanya mampu duduk di atas kerusi roda.

“Penyakit saya semakin teruk dari tahun ke tahun hingga memaksa duduk di atas kerusi roda sepenuh masa bermula Oktober 2016 malah pernah tidur di atas kerusi roda enam bulan kerana tidak boleh baring.

“Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinka­n namun tidak wujud istilah untuk mengalah kerana ini impian orang tua saya dan sebab itu tetap berusaha menamatkan pengajian ini meskipun mengambil masa lebih lama daripada orang lain.

“Keadaan saya ini boleh dikatakan lumpuh dan saya menjalani pembedahan pada April dan Mei tahun lalu. Mujur, keluarga, rakan dan UniSZA serta IPG sentiasa memberi semangat dan mereka ini antara kekuatan saya untuk terus bertahan,” katanya yang berasal dari Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu.

Istiadat pembukaan disempurna­kan Canselor UniSZA Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Turut berangkat Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

 ??  ?? SULTANAH Nur Zahirah menyampaik­an PhD
Majlis Konvokesye­n UniSZA Ke-10, semalam.
SULTANAH Nur Zahirah menyampaik­an PhD Majlis Konvokesye­n UniSZA Ke-10, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia