Harian Metro

‘Buktikan kita lebih baik’

-

Shah Alam: “Jangan sampai rakyat menempelak “ah...sama saja dengan yang dulu…” jika ini berlaku sungguh malang perjuangan dan pengorbana­n kita selama ini.

“Buktikan kita lebih baik, buktikan keputusan rakyat menyokong kita adalah tepat. Buktikan kita mampu melaksanak­an amanah dengan berkesan dan rakyat merasai kehadiran setiap kita dalam masyarakat,” katanya.

Demikian kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaik­an Ucapan Dasar dan perasmian Kongres Nasional PKR Ke-13, semalam.

Dalam ucapan penuh emosi itu, Ahli Parlimen Pandan itu turut mengingatk­an ahli parti perjuangan mereka kini perlu berbeza daripada rejim yang ditentang dulu dengan pendekatan dan amalan yang ada kelainan serta lebih baik.

Menurutnya, ia penting supaya parti itu tidak ditempelak rakyat kerana mengamalka­n perkara yang pernah dilakukan pentadbira­n negara sebelum ini.

Turut hadir, bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahin, Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya yang mewakili Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah berkata, mana-mana calon yang kalah dalam pemilihan kepemimpin­an tertinggi bagi penggal 2018-2021 yang berakhir minggu lalu tidak disisihkan.

Beliau berkata, PKR adalah sebuah keluarga besar yang mewakili pelbagai masyarakat dalam negara ini, justeru semua perlu memperkuku­hkan parti itu dan memastikan­nya sentiasa relevan dan dinamik dalam arus politik negara.

 ??  ?? DR Wan Azizah
DR Wan Azizah
 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia