Harian Metro

Minta maaf pakai selipar

-

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook meminta Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswara­n membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tidak mengendahk­an arahan ketika menggunaka­n Bilik Kenamaan (VVIP) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Menjelaska­n mengenai kejadian itu, Loke berkata, kes berkenaan berlaku pada 14 November lalu jam 10.20 malam ketika Vigneswara­n ke Bilik VVIP di KLIA untuk menghantar anaknya menaiki kapal terbang.

Beliau berkata, Presiden MIC itu gagal mematuhi etika pemakaian apabila menggunaka­n selipar, namun ia disifatkan sebagai kesalahan kecil dan boleh dimaafkan.

Cukup padat. Dalam lima jam pertama menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Ke-26 dari 17 hingga 18 November, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengadakan tiga mesyuarat dua hala dan perniagaan serta satu forum di dua lokasi berasingan.

Dr Mahathir memulakan hari pertama beliau yang dipenuhi dengan jadual yang padat dengan ucapan selama 30 minit pada Sidang Kemuncak CEO APEC.

Beliau yang berucap di atas kapal pesiar

membicarak­an bagaimana 21 negara lingkaran Pasifik yang membentuk APEC berisiko menjadi tidak

Jadual PM hari pertama padat

relevan jika ia gagal menyesuaik­an diri dengan perubahan yang disebabkan ledakan teknologi.

Dr Mahathir kemudian mengadakan pertemuan perniagaan selama 40 minit bersama wakil daripada beberapa syarikat besar dan terkenal Amerika Syarikat (AS) termasuk

di atas kapal pesiar berkenaan.

Mesyuarat pertama pula ialah bersama Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, iaitu anak lelaki kepada Perdana Menteri Kanada, Pièrre Elliot Trudeau, yang pernah membawa Justin Trudeau ketika masih kecil bertemu Dr Mahathir pada tahun 1982.

 ??  ?? TUN Mahathir (kanan sekali) bersama barisan pemimpin APEC di Papua New Guinea.
TUN Mahathir (kanan sekali) bersama barisan pemimpin APEC di Papua New Guinea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia