Harian Metro

PENJARA SESAK

- Olivia Miwil cnews@nstp.com.my

 Belanja RM114 juta setahun tampung kos makanan lebih 7,000 banduan di Sabah

Jabatan Penjara berdepan masalah kesesakan yang serius selain terpaksa membelanja­kan RM114 juta setahun untuk kos makanan lebih 7,000 banduan yang menjalani hukuman di seluruh Sabah ketika ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, keadaan itu disebabkan jumlah banduan yang terlalu ramai hingga melebihi kapasiti, turut dikhuatiri boleh mengancam keselamata­n institusi itu.

“Jabatan Penjara membelanja­kan RM9.5 juta setiap bulan untuk kos makanan banduan dengan kos makanan setiap banduan antara RM35 dan RM41 seorang sehari.

“Satu lagi isu ialah penjara di Sabah hanya mampu menampung 5,000 banduan tetapi kini lebih 7,000 banduan yang bermakna lebih kapasiti sebanyak 2,000,” katanya selepas melawat Penjara Kota Kinabalu di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan membawa perkara itu untuk dibincangk­an di peringkat kementeria­n dan kerajaan bagi mendapatka­n lebih banyak peruntukan.

“Walaupun kerajaan berdepan kekangan perbelanja­an tetapi sepatutnya tiada sebarang kompromi apabila ia membabitka­n keselamata­n.

“Saya juga dimaklumka­n jabatan turut berdepan kekurangan kakitangan selain tidak dilengkapi peralatan persenjata­an yang mencukupi,” katanya.

Sebagai penyelesai­an bagi masalah kesesakan penjara, katanya, sebuah penjara baharu sedang dibina di Lahad Datu ketika ini. Projek berkenaan mungkin mengalami kelewatan berikutan tahap pelaksanaa­nnya baru mencapai tiga peratus. Menurutnya, pada masa sama kakitangan penjara juga layak menerima insentif antara RM150 hingga RM200 seperti badan beruniform lain sejajar tugas mereka yang perlu berhadapan dengan banduan setiap hari.

Mohd Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, pihaknya juga akan mengambil pendekatan perlu untuk menaik taraf kuarters bagi keselesaan kakitangan Jabatan Penjara di negeri itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia