Harian Metro

‘MEMANG BERMANFAAT’

-

Hari kedua Pameran Hartanah MyRumah 2018 di Ipoh terima maklum balas baik daripada pengunjung

peluang kepada pengunjung untuk memilih rumah diingini, tetapi turut mendapat ilmu melalui slot ceramah disediakan.

“Cuma saya berharap jumlah pemaju dapat ditambah lagi pada masa akan datang bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk memilih rumah yang diingini termasuk memperbany­akkan rumah dengan harga mampu milik,” katanya yang ditemui pada program itu di sini, semalam.

Semalam, empat slot ceramah diadakan membabitka­n beberapa tajuk seperti 5 Design Trend 2019, Jom Tackle Bank, Lima Tertib Duit Sebelum Melabur Hartanah dan Bagaimana Membeli Hartanah Sebelum Umur 25 tahun.

Antara penceramah ialah Amin Yusoff, Bella Leanna, Azim Sulaiman dan Hasnain Hasanan.

Dalam pameran tiga hari bermula kelmarin itu, sebanyak enam pemaju mengambil bahagian iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), SPNB Aspirasi Sdn Bhd, Rima Properties Sdn Bhd, Sun Land Properties Sdn Bhd, Casa Subang Sdn Bhd dan P K Lee Sdn Bhd, manakala syarikat bukan pemaju yang turut mengambil bahagian adalah Takaful Ikhlas Berhad.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Vincern Yeoh, 63, berkata, dia mendapat banyak idea serta ilmu baharu mengenai rumah selepas mendengar beberapa siri ceramah diadakan hari ini.

“Saya dapat banyak idea untuk menyusun atur rumah daripada ceramah diadakan dan ilmu seperti ini bukan senang hendak peroleh di luar, jadi program seperti ini memang baik,” katanya.

 ??  ?? PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang mencuba permainan pecah belon pada Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, semalam.
PENGUNJUNG tidak melepaskan peluang mencuba permainan pecah belon pada Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Klebang, semalam.
 ??  ?? KAKITANGAN Rima Properties Group menunjukka­n replika rumah Taman Klebang Rima.
KAKITANGAN Rima Properties Group menunjukka­n replika rumah Taman Klebang Rima.
 ??  ?? PENGUNJUNG mencuba permainan roda untuk mendapatka­n hadiah menarik yang disediakan.
PENGUNJUNG mencuba permainan roda untuk mendapatka­n hadiah menarik yang disediakan.
 ??  ?? AMIN (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung.
AMIN (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia