Harian Metro

‘Vape, shisha lebih teruk daripada asap rokok’

-

Larangan penggunaan rokok elektronik (vape) dan shisha di restoran serta premis makanan perlu dikuatkuas­akan seperti larangan merokok.

Ini kerana kedua-dua bahan itu mempunyai kesan buruk yang lebih tinggi daripada asap rokok.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am, Hospital Pakar Kasih Cyberjaya, Dr Hanafiah Bashirun berkata, selain mendatangk­an kemudarata­n kepada kesihatan pengguna, vape dan shisha juga secara tidak langsung membahayak­an perokok pasif.

“Penggunaan vape dan sisha ini lebih teruk daripada asap rokok kerana wap yang dihembus keluar sebagai titisan udara mempunyai saiz molukel lebih besar daripada molekul asap rokok.

“Disebabkan saiz molekul lebih besar maka proses penyerapan kedua-dua bahan itu lebih cepat dan risiko mendapat penyakit kanser paru-paru dan jangkitan pada paru-paru lebih tinggi berbanding rokok.

“Selain itu, kandungan pengambila­n nikotin bagi vape dan shisha juga tidak terkawal berbanding kandungan nikotin dalam rokok dan pengguna boleh menentukan sendiri kuantiti berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Susulan keputusan Kementeria­n Kesihatan (KKM) menguat kuasa larangan merokok di restoran dan premis makanan, Dr Hanafiah mencadangk­an agar pemilik premis menyediaka­n sebuah bilik kecil untuk aktiviti merokok.

Hari kedua Pameran Hartanah MyRumah 2018 di AEON Mall Ipoh Klebang, semalam menerima maklum balas baik daripada pengunjung dan rata-rata mahu program ini diteruskan.

Pengunjung, Muhamad Zaidi Mat Saad, 34, berkata, penganjura­n pameran hartanah oleh The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) itu dilihat dapat membantu pengunjung untuk membeli rumah di negeri ini.

Dia yang juga seorang jurutera berkata, dia sedang mencari rumah kedua untuk didiami di negeri ini selepas membeli sebuah rumah di Lembah Klang sebagai aset masa depan.

Dia turut mengucapka­n tahniah kepada NSTP kerana menganjurk­an program berfaedah itu dan mengisi slot sepanjang program dengan pelbagai ceramah yang memberikan input dari setiap aspek mengenai rumah kediaman.

“Memang bermanfaat dan berharap ia diteruskan penganjur pada tahun depan kerana ia bukan saja memberikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia