Harian Metro

Kes salah dengar, cemburu buta

-

Zaman sekarang fitnah memang melata.

Kalau tersalah kata, tersilap dengar, boleh merosakkan hubungan dan kepercayaa­n.

Begitu juga kisahnya mengenai isu melanda rumah tangga produser Datuk Ayu Puteh dan penyanyi Aiman Ismail yang heboh diperkatak­an peminat minggu lalu.

Cik Pang tertanyata­nya juga apa punca ikatan perkahwina­n yang baru dibina kurang dua tahun ini mula goyah.

Teman Cik Pang mendakwa, segalagala­nya berpunca daripada kes salah dengar dan cemburu buta di set penggambar­an sebuah filem.

Dakwa teman

Cik Pang, pada hari kejadian, produser itu mengajak suaminya menemaniny­a ke set penggambar­an filem terbaharu terbitanny­a.

Apabila sampai di lokasi, si isteri menyapa mesra beberapa kru yang sedang memasang peralatan penggambar­an dan salah seorang daripada mereka menjawab secara baik dengan berkata “ya saya”.

Dek kerana produser itu seorang yang peramah dan suka bergurau, dia saja berkata “apa, sayang?” lantas mengundang ketawa beberapa kru lain.

Situasi yang awalnya ceria tiba-tiba jadi tegang apabila si suami khabarnya terus tarik muka masam dan bersikap dingin.

Kata teman Cik Pang lagi, produser itu hairan apabila suaminya tiba-tiba berubah dan ketika cuba mendapatka­n penjelasan dalam perjalanan pulang, si suami terus memandu laju dalam keadaan marah sambil memaki hamun.

Malah ketika di rumah, si produser ada juga cuba memujuk dengan mengajak makan bersama dan bersalam cium tangan sebelum pergi kerja.

Malangnya, pelawaan dan salam dihulur isteri langsung tidak dilayan seolah-olah si isteri sudah melakukan dosa yang sangat besar.

Sehinggala­h keesokan harinya si suami memuat naik status ke laman sosial yang akhirnya mengundang pelbagai tanggapan daripada peminat hingga menjadi tajuk berita minggu lalu.

Nasihat Cik Pang, sebaiknya pasangan suami isteri, tidak kiralah berstatus selebriti atau tidak, janganlah kisah peribadi mengenai hal rumah tangga dikongsi di laman sosial kerana ia mendatangk­an lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.

Lagi satu, sebelum menuduh pasangan kita curang, seelok-eloknya selidik terlebih dulu sebab kalau dah jatuh fitnah, bimbang akan beri kesan kepada orang tidak bersalah.

Buat pasangan Aiman dan Datuk Ayu, berbincang dengan elok. Sama-sama ada akal dan boleh berfikir secara rasional. Tidak ada masalah yang tidak boleh selesai. Semoga isu mereka dapat diselesaik­an dengan baik, ya!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia