Harian Metro

Usah ‘membawang’ fokus kerja

-

Cakap mengenai fitnah, ini kisah yang boleh dijadikan teladan buat mereka yang suka ‘membawang’. Nak dijadikan cerita, artis jelita ini hampir menjadi mangsa fitnah seorang individu yang tibatiba saja menuduhnya melakukan perbuatan tak elok.

Teman Cik Pang mendakwa, ketika itu si artis sedang berehat dalam kereta sementara menantikan babaknya.

Tiba-tiba saja dia terdengar individu itu sedang bercerita mengenainy­a dan seorang artis lain sengaja menghilang­kan diri dari set sebab mahu ke pub untuk minum.

Sebaik saja artis itu terdengar, dia terus keluar dari kereta dan bertanya benarkah tuduhan itu dilemparka­n kepadanya dan seorang lagi rakan artis?

Terkedu dek si artis yang tiba-tiba muncul, individu itu cuba menafikan ada berkata demikian sehinggala­h si artis memberitah­u dia mendengar segala isu perbualan kerana berada di sebalik kerusi saja.

Sebaik saja ‘kantoi’, individu itu menangis teresak-esak dan meminta maaf kerana sudah tersalah cakap dan memfitnah.

Malah, seorang lagi rakan artis yang turut jadi bahan ‘membawang’ turut marah kerana menjadi mangsa fitnah walhal dia juga sedang berehat dalam kereta lain kerana menunggu babak mereka.

Itulah orang kata, cakap siang pandangpan­dang, cakap malam dengar-dengar. Tapi seelok-eloknya, berhenti bercakap pasal orang lain atau aktiviti ‘membawang’ dan fokus saja pada kerja serta cara memajukan diri, tak begitu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia