Harian Metro

Kembara muzik Asia Tenggara

-

Travelog kembara solo seorang komposer ke 13 buah bandar di Asia Tenggara menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersiaran setiap Ahad bermula hari ini, jam 1.30 tengah hari menerusi saluran TV 1 (101).

Menampilka­n Syafi’i daripada kumpulan Ramayan sebagai hos rancangan Gitar Dalam Beg. Ia menonjolka­n perkongsia­n indah mengenai kejayaan beberapa selebriti terkenal sambil menjelajah tempat menarik sekitar destinasi berkenaan.

Syafi’i memulakan kembara di Jakarta, Indonesia bertemu dengan Faqeeh, seorang jurutera bunyi dalam industri muzik bagi membincang­kan perkembang­an muzik dan pencapaian­nya. Kemudian, hos juga akan bertemu dengan beberapa pemuzik jalanan bagi berkongsi pengalaman mereka. Syafi’i turut berpeluang menemu ramah Pak Yan, seorang

A&R Universal Indonesia yang mengangkat artis seperti Sheila On 7 dan Rossa.

Syafi’i kemudian ke Bandung yang terkenal sebagai kota kreatif. Hos berkesempa­tan melihat persembaha­n angklung kepada pelancong yang secara tidak langsung mengangkat martabat muzik tradisiona­l. Meneruskan pengembara­an ke bandar Solo dan kemudian ke Lokananta dan seterusnya ke Jogjakarta.

Di Jogjakarta, Syafi’i sempat bertemu dengan Eross Candra, pemain gitar Shiela On 7 yang berasal dari kota berkenaan. Eross berkongsi maklumat serta pandangann­ya berkaitan muzik.

Meneruskan perjalanan ke Bangkok, Thailand, Syafi’i berkunjung ke Pasar Jatujak dan bertemu dengan seorang pemuzik jalanan berusia 12 tahun. Sementara itu, di Kemboja, Syafi’i ke Wat Phonm dan Siam Reap. Hos turut melawat tapak warisan dunia terkenal, Angkor Thom.

 ??  ?? SAKSIKAN persembaha­n angklung dalam
kembara ke Bandung.
SAKSIKAN persembaha­n angklung dalam kembara ke Bandung.
 ??  ?? AMAR BAHARIN
AMAR BAHARIN
 ??  ?? RITA RUDAINI
RITA RUDAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia