Harian Metro

Spice Girls

- Georgie Joseph georgie@mediaprima.com.my

Bukan saja fenomena sebagai kumpulan wanita pada tahun 1990-an,

Spice Girls juga terkenal dengan penjualan pelbagai barangan cenderahat­i yang mendapat sambutan luar biasa.

Kumpulan dianggotai Emma Watson, Geri Halliwell, Mel B, Mel C dan Victoria Beckham itu pernah menghasilk­an produk jam tangan, coklat, patung, wangian dan banyak lagi. Keuntungan diraih mereka sangat lumayan.

Sempena kemunculan semula mereka tahun ini, Spice Girls melancarka­n cenderahat­i iaitu koleksi pakaian yang terdiri daripada kemeja-T, baju panas dan baju bertopi.

Menurut kumpulan itu, keuntungan jualan baju yang akan diletak #IWannabeAS­piceGirl berkenaan akan disalurkan ke kempen Power Up bawah program Comic Relief’s Gender Justice Pillar.

“Spice Girls sangat menitikber­atkan kesamaan dalam soal jantina.

Kami lakukan ini untuk menegaskan isu berkenaan baik untuk lelaki mahupun wanita.

“Baru-baru ini, kami dapat tahu program kebajikan itu memfokus isu yang dihadapi golongan wanita. Mereka tidak mendapat dana yang sangat diperlukan.

“Justeru, pelancaran kempen ini sangat penting buat kami untuk mengumpul dana bagi menyelesai­kan isu itu. Kami mahu membantu mereka,” kata anggotanya.

Pembelian pakaian berkenaan yang berharga sekitar RM92 ke RM142 itu sudah boleh dibuat menerusi laman sesawang represent.com.

Sementara itu, permintaan terhadap tiket konsert jelajah Spice Girls pada tahun depan sangat tinggi apabila ia diumumkan awal bulan ini.

Bahkan, penjualan tiket mereka memecahkan rekod Ticketmast­er UK selepas habis dijual hujung minggu lalu.

Menurut wakil agensi penjual tiket itu, Andrew Parsons, sambutanny­a luar biasa dan menjadi jualan paling sibuk dalam sejarah.

“Mereka pukul habis rekod penjualan tiket dalam Ticketmast­er UK dan menjadi penjualan paling sibuk setakat ini.

“Berjuta orang melawati laman web kami dan berebut mahu beli tiket. Lebih 700,000 masih berbaris menunggu dalam talian bagi mendapatka­n tiket.

Lancar cenderahat­i istimewa sempena kemunculan semula tahun depan

“Menerusi pemerhatia­n kami, mereka mungkin terpaksa membuat persembaha­n setiap hari untuk setahun selepas ini,” katanya.

Belum pun dua minggu membuat kemunculan semula selain mewujudkan akaun rasmi media sosial, Spice Girls berjaya menawan dunia dan meraih ratusan ribu pengikut dalam tempoh 10 hari.

Bagaimanap­un, Victoria mengesahka­n tidak terbabit dalam konsert jelajah berkenaan, namun memberi bayangan tetap akan hadir menyokong rakanrakan­nya kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia