Harian Metro

‘GODFATHER’ JERMAN

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@nstp.com.my

Tampil dengan limpahan prestasi dan kemewahan, tiga model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) daripada MercedesBe­nz kini diperkenal­kan untuk pasaran tempatan.

Mercedes-AMG G

63, GLC 63 S 4Matic dan

GLC 63 S Coupe 4Matic dilancarka­n oleh MercedesBe­nz Malaysia (MBM) dengan berkongsi enjin sama, namun mempunyai karakter berbeza.

Dikuasakan dengan enjin 4.0 liter biturbo V8, model G-Class atau dikenali sebagai Gelaendewa­gen adalah ikon SUV buat jenama itu yang mula diperkenal­kan 40 tahun lalu dengan kemantapan pada laluan ‘off-road’ kini dengan elemen lebih moden.

Ia dibekalkan dengan 585 kuasa kuda (hp) dan daya kilas 850Nm serta kelajuan maksimum 240 kilometer sejam (km/j) yang mampu memecut dari sifar sehingga 100km/j dalam tempoh 4.5 saat.

Dua pengecas turbo di dalam enjin kompak silinder V memberikan kelebihan respons yang spontan dengan ekzos rendah emisi menyalurka­n aliran udara yang optimum pada pemangkin enjin.

Lapan silinder memberikan daya tujahan yang padu untuk pelbagai kelajuan yang digabungka­n dengan penggunaan bahan api efisien hadir bersama transmisi 9G TCT AMG Speedshift pacuan semua roda 4Matic.

Untuk pemanduan di atas jalan raya mod Dynamic Select boleh dipilih daripada ‘Slippery’, ‘Comfort’, ‘Sport’, ‘Sport+’ dan ‘Individual’ serta opsyen M untuk mod manual dan untuk ‘off-road’ tiga pilihan ditawarkan iaitu ‘Sand’, ‘Trail’ dan ‘Rock’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia