Harian Metro

Makanan Malaysia rentas global

- Nurul_husna@hmetro.com.my

Kunjungan pertama warga Serbia, Micheal Babiy ke Malaysia ialah ketika ekspedisi jelajah Asia Tenggara, lima tahun lalu. Baginya, negara ini tidak sesuai untuk pengembara beg galas dengan berjalan.

Baginya berjalan adalah cara terbaik untuk mengenali satu-satu negara. Bagaimanap­un untuk destinasi seperti Kuala Lumpur,

ia bukanlah pilihan bijak dan dirasakan agak mustahil untuk dilakukan. Jadi suka atau tidak, dia terpaksa menggunaka­n pengangkut­an awam untuk ke mana-mana.

Namun, itu tidak membuatkan pemuda berusia 35 tahun itu serik untuk kembali ke Malaysia apabila memulakan kerjaya sejak dua tahun lalu.

1. Apakah tanggapan awal anda mengenai Malaysia sebelum menetap di sini?

Ketika pertama kali datang ke Malaysia lima tahun lalu, saya tidak berasakan Malaysia negara yang besar dan ada banyak lokasi untuk dijelajah.

Jadi saya tidak merancang untuk tinggal lama sehinggala­h saya kembali untuk bekerja dengan syarikat tempatan iaitu Vidi. Sangkaan saya dulu tersasar. Saya selesa tinggal di sini kerana banyak kemudahan awam seperti MRT, LRT, bas dan Grab untuk ke manamana.

Selain itu saya mengenali Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan budaya dengan pengaruh Inggeris. Fakta lain, Malaysia ialah kampung halaman untuk Orang Utan dan bagi kebanyakan orang Eropah, negara ini memiliki tarikan iaitu pulau yang cantik.

2. Apa yang anda rasa unik mengenai Malaysia?

Banyak. Pertama ialah seni bina iaitu bangunan rumah kedai dua tingkat pada saya idea menarik iaitu tingkat bawah untuk komersial sebagai kedai atau kafe sementara atas pula untuk mereka tinggal.

Keduanya makanan di Malaysia merentas global. Sebut saja negara mana, Thailand, Jepun, Korea, Eropah atau Amerika, semua ada di sini. Mudah dan mampu dinikmati. Pendek kata kalau hendak merasa roti nan keju, orang perlu

Micheal terbang ke sini tetapi orang Malaysia tidak perlu ke Thailand untuk menikmati sajian Siam.

Ketiga ialah kepekaan mereka terhadap humor atau gurauan lebih cepat kerana sudah biasa dengan budaya ‘rojak’. Tidak hairanlah ada kala perbualan mereka mempunyai campuran empat bahasa. Bagi saya dari negara penutur satu bahasa, ia kebolehan mengagumka­n.

3.Apakahmaka­nan tempatan kegemaran anda?

Makanan Cina terutama mi. Mi antara hidangan tradisi yang dinikmati keluarga saya. Jadi itu faktor saya menyukai hidangan berasaskan mi.

Selain itu saya sukakan kepedasan sambal dan rempah. Ia memberi warna kepada hidup saya, berbanding sajian negara asal yang banyak menggunaka­n garam dan lada hitam sebagai perasa makanan.

4. Apakah lokasi percutian anda?

Pulau Pinang dan Langkawi kerana makanan, pemandanga­n, budaya serta pelbagai lokasi tarikan yang tersembuny­i.

5. Apakah detik yang anda rasa lucu sepanjang menetap di Malaysia?

Orang makan sepanjang masa, tak kira tengah malam atau jam 6 pagi. Setiap waktu ada saja orang makan dan ada yang sedang sediakan makanan.

Lagi satu, sebagai orang Siberia iaitu dari negara memiliki suhu boleh jatuh sehingga -40 darjah Celsius, saya rasa lucu apabila orang tempatan begitu gemar pendingin hawa dan tidak suka berada di luar.

Babiy kagum kebolehan penduduk

tempatan berbual dengan mencampur

empat bahasa

6. Apakah slang tempatan anda pelajari daripada rakan?

Lah, ah, tapau, alamak. Semua itu diajar rakan sekerja.

Biarpun saya tidak memahami sepenuhnya bahasa Malaysia tetapi saya masih dapat ‘tangkap’ makna apabila dituturkan. Lagipun bahasa Inggeris digunakan meluas dalam kalangan orang tempatan jadi saya tidak menghadapi masalah di sini.

 ??  ?? BABIY selesa tinggal di Malaysia kerana kemudahan pengangkut­an awam seperti MRT dan Grab. BERGAMBAR dengan pekerja yang berniaga tudung di Kuala Lumpur.
BABIY selesa tinggal di Malaysia kerana kemudahan pengangkut­an awam seperti MRT dan Grab. BERGAMBAR dengan pekerja yang berniaga tudung di Kuala Lumpur.
 ??  ?? BERSAMA teman melawat pusat kraf.
BERSAMA teman melawat pusat kraf.
 ??  ?? GEMAR berinterak­si dengan kawan sekerja yang juga orang tempatan.
GEMAR berinterak­si dengan kawan sekerja yang juga orang tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia