Harian Metro

Dua dalam satu

-

FXREJ, pasti teruja untuk melakukan kelainan yang pihak penganjur sediakan.

“Tahun ini, kami memperkena­lkan larian santai Purple Jumbo Fire X Nite Run dengan jarak sejauh lima kilometer (km) dan 10km bagi menguji kekuatan fizikal serta mental peserta dalam satu hari.

“Program larian ini menerima sambutan menggalakk­an apabila seramai 300 daripada

700 peserta FXREJ tidak melepaskan peluang dan menyahut cabaran ini.

“Seperti tahun lalu, kami berjaya mencipta rekod apabila menyediaka­n trek luar jalan raya terpanjang 120km, sekali gus mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Mohd Fadil, penganjura­n FXREJ bertujuan mempromosi­kan destinasi pelanconga­n menarik di sekitar bandar Alor Gajah melalui aktiviti sukan.

Dalam masa sama, penyertaan besar-besaran ini turut berupaya memperting­katkan pendapatan ekonomi peniaga kecil serta pengusaha inap desa di bandar berkenaan.

Katanya, acara

FXREJ adalah program kalendar tahunan Kelab Basikal Lasak Cycle X

MTB Alor Gajah untuk mengumpulk­an peminat basikal lasak bertukartu­kar pandangan dan pengalaman dari seluruh tanah air.

“Setiap tahun, laluan kayuhan diubah dan wujudnya penambahan trek baharu bagi menawarkan kelainan kepada peserta, seterusnya mengelakka­n mereka berasa bosan dengan laluan sama.

“Kali ini peserta berpeluang merasai pengalaman menyeronok­kan apabila perlu merentasi pelbagai keadaan permukaan bumi merangkumi jalan raya, jalan kampung, ladang kelapa sawit, kebun getah, denai, trek berbukit, cerun serta anak sungai di sepanjang 60 kilometer kayuhan,” jelasnya.

Jamboree ini bermula di Dataran Alor Gajah, Jalan Dato Dol Said, Lebuh AMJ, Pulau Sebang, Tabung Naning, Gadek, Kampung Tanjung Rimau, Ladang Kemuning Sime Darby, Pegoh, Melekek dan Kelemak.

 ??  ?? TERIMA penyertaan lebih 700 orang.
TERIMA penyertaan lebih 700 orang.
 ??  ?? LARIAN Purple Jumbo Fire X Nite Run.
LARIAN Purple Jumbo Fire X Nite Run.
 ??  ?? MERENTASI anak sungai.
MERENTASI anak sungai.
 ??  ?? ANTARA pemenang.
ANTARA pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia