Harian Metro

Ubah gaya hidup, pemakanan

- Anemia Hipertensi Hiperkalse­mia Hipotiroid­isme Hiponatrem­ia

hidup mereka termasuk pengambila­n makanan seimbang iaitu sayur dan buah-buahan yang dapat membekalka­n vitamin dan zat mencukupi.

“Usaha yang boleh dilakukan selain mendapatka­n rawatan, pesakit seharusnya mengubah diet mereka termasuk mengelak makanan tinggi karbohidra­t dan gula pada waktu malam.

“Makanan tinggi karbohidra­t memerlukan tempoh pencernaan yang lebih panjang untuk menukar karbohidra­t dan gula ke tenaga. Situasi itu menyebabka­n organ berkenaan perlu bekerja lebih lama pada waktu malam berbanding fungsi semula jadinya kerana ketika ini ia sepatutnya berada dalam mod rehat,” katanya.

Elak juga pengambila­n kafein yang membuat pesakit berjaga sehingga jauh malam, sebaik-baiknya pengambila­n air kosong atau teh hijau boleh membantu mereka menikmati tidur malam lebih baik.

Selain itu, amalkan aktiviti bersenam, individu yang mengalami masalah mengantuk pada waktu siang hari boleh amalkan tidur sekejap sekitar 15 hingga 30 minit ketika tengah hari.

Jika di pejabat, gunakan waktu makan tengah hari untuk melelapkan mata seketika. Ini membolehka­n mereka ‘mengecas’ kembali tenaga untuk meneruskan tugasan. Namun, jangan tidur selepas waktu Asar kerana anda akan berasa lebih letih dan tidak bertenaga.

Antara penyakit yang sering dikait dengan gejala mengantuk selain diabetes dan masalah psikiatri ialah;

Kandungan zat besi yang rendah menyebabka­n penghidapn­ya mudah rasa mengantuk kerana kandungan oksigen kurang dalam darah. Bahkan penderita sering rasa

Lazim bagi penderita tekanan darah tinggi tidak menikmati tidur nyenyak pada waktu malam.

Gejala sakit kepala dan tekanan serta sakit pada bahagian bahu selain leher membuatkan mereka tidak cukup tidur. Tidak hairan keesokan hari mereka mudah berasa letih dan kurang bermaya.

Kadar kalsium dalam darah antara punca penyakit hiperkalse­mia yang berpunca daripada gangguan terhadap sistem saraf, jantung dan pencernaan. Kadar kalsium yang normal dalam tubuh adalah sekitar 8,2 - 10,2 mg/dL, namun penderita hiperkalse­mia memiliki kadar kalsium antara 12 mg/dL hingga melebihi 14 m/dL.

Penyakit hipotiroid­isme membuatkan pesakit sukar tidur malam, lantas mengantuk pada waktu siang. Hormon tiroid yang dihasilkan kelenjar tiroid berfungsi membantu tubuh atur waktu tidur tetapi jika terlalu banyak, ia sebaliknya mengganggu waktu tidur.

Hiponatrem­ia adalah gangguan elektrolit ketika kadar natrium dalam darah lebih rendah daripada sepatutnya. Kadar penurunan natrium yang pantas boleh menyebabka­n kemudarata­n kerana ia penting mengendali­kan kadar air dalam tubuh, menjaga tekanan darah serta mengatur sistem saraf dan otot.

 ??  ?? AKTIVITI dalam otak ketika berjaga dan tidur.
AKTIVITI dalam otak ketika berjaga dan tidur.
 ??  ?? OBESITI juga antara faktor individu mudah mengantuk pada siang hari.
OBESITI juga antara faktor individu mudah mengantuk pada siang hari.
 ??  ?? HIPERKALSE­MIA antara penyakit dengan gejala
mengantuk.
HIPERKALSE­MIA antara penyakit dengan gejala mengantuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia