Harian Metro

Kaki makan air

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Dengar saja nama penyakit ‘athlete’s foot’ dalam bahasa mudah yang bermaksud kaki makan air atau jangkitan kutu air boleh mengundang tawa dalam kalangan individu yang pernah menghadapi jangkitan kulat pada kaki khususnya di celah jari.

Jangkitan ini menyebabka­n kulit kaki biasanya di celah jari menjadi berkerupin­g, bersisik dan gatal. Jika tidak ditangani, kulit tadi akan melepuh dan pecah menyebabka­n tisu dalam terdedah sehingga berlaku bengkak dan radang yang lebih teruk. Apa yang membimbang­kan, keadaan ini boleh merebak ke bahagian lain seperti paha.

Masalah ini disebabkan jangkitan kulat Tinea perdis pada kaki yang selalu dalam keadaan lembap atau terendam. Antara lokasi kegemaran bakteria ini ialah anggota yang sering terlindung dan sentiasa dalam keadaan lembap. Malah sikap sesetengah individu yang jarang memberi perhatian kepada kebersihan kaki dan mengeringk­annya juga boleh meningkatk­an risiko mengalami jangkitan kulat.

Walaupun ia menjadi masalah yang biasa dialami ramai orang, namun masih ada yang salah anggap mengenai penyakit ini. Antara mitos yang perlu dibetulkan ialah:

Mitos: Hanya atlet saja yang menghidapi penyakit kaki makan air.

Hakikat: Ia dipanggil ‘athlete’s foot’ kerana jangkitan ini biasanya berlaku pada kaki atlet yang boleh merebak ke kuku kaki dan tangan. Namun sesiapa saja boleh mengalami jangkitan ini terutama individu yang sering berkaki ayam di bilik mandi awam, bilik persalinan pakaian dan kolam renang.

Selain itu orang yang berkongsi stoking, kasut dan tuala dengan orang yang dijangkiti juga boleh mendapat jangkitan. Individu yang suka memakai kasut ketat dan tertutup, kaki selalu dalam keadaan lembap dan kaki kerap berpeluh juga berisiko mengalamin­ya.

Mitos: Kerap mandi mencegah penyakit kaki makan air.

Hakikat: Anggapan ini sama sekali tidak benar. Walaupun kulat sukakan kawasan yang lembap, tetapi menjaga kebersihan diri adalah penting dalam mencegah kebanyakan jangkitan penyakit. Bagaimanap­un mandi saja tidak akan membersihk­an fungus atau kulat pada kaki tidak kira berapa cermat pun anda menjirus kaki. Apa yang penting, lap celah jari kaki hingga kering setiap kali selepas mandi atau mencuci kaki.

Mitos: Individu yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah cenderung untuk mempunyai masalah ini.

Hakikat: Sebenarnya penyakit ini tiada kaitan dengan kebersihan. Walaupun anda mencuci kaki dengan sabun beberapa kali sehari, anda masih boleh mendapat jangkitan - apatah lagi jika kaki dan celah jari tidak dikeringka­n sebaiknya.

Mitos: Anda hanya akan menghidapi penyakit ini jika berjalan di kawasan yang ada kulat.

Hakikat: Berjalan berkaki ayam bukan satu-satunya cara anda mendapat jangkitan kulat ini. Orang yang berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan individu yang dijangkiti juga berisiko mengalami masalah sama.

Mitos: Penyakit ini hanya menjangkit­i bahagian kaki.

Hakikat: Penyakit kaki makan air tidak hanya berlaku pada anggota kaki sebaliknya boleh merebak ke bahagian badan lain termasukla­h celah paha dan bawah lengan. Ia juga boleh merebak ke badan lain melalui sentuhan dengan pakaian yang dicemari kulat.

Mitos: Jika tiada rekahan atau keruping di celah jari, ia bukan penyakit kaki makan air.

Hakikat: Gejala yang dialami setiap orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami masalah kulit merekah dan berkerupin­g pada jari. Orang lain pula alami gejala kemerahan atau kekeringan yang teruk. Jika anda tidak pasti, pergilah berjumpa doktor.

Mitos: Anda tidak akan dapat jangkitan jika kaki

Mitos: Jangkitan ini akan sembuh sendiri.

Hakikat: Tanpa rawatan, masalah kaki makan air akan berlanjuta­n dan semakin teruk seterusnya merebak ke kawasan lain. Kaki akan terasa lebih gatal dan ia boleh membuatkan anda semakin tidak selesa. Jadi, jangan biarkan keadaan ini berterusan. Sapu krim antikulat mengikut yang disarankan doktor.

Mitos: Anda tidak akan dijangkiti lagi selepas jangkitan pertama.

Hakikat: Semua orang mengharapk­an perkara ini benar. Bagaimanap­un, jika tidak menjaga kebersihan dan mengeringk­an kaki dengan baik, ia boleh berulang pada bila-bila masa!

 ??  ?? PASTIKAN kaki kering termasuk penggunaan ubat antikulat untuk elak jangkitan kulat
berulang.
PASTIKAN kaki kering termasuk penggunaan ubat antikulat untuk elak jangkitan kulat berulang.
 ??  ?? BILIK persalinan antara lokasi kegemaran kulat tinea ini.
BILIK persalinan antara lokasi kegemaran kulat tinea ini.
 ??  ?? BAHAGIAN celah jari kaki yang sering mengalami gejala gatal akibat jangkitan kulat.
BAHAGIAN celah jari kaki yang sering mengalami gejala gatal akibat jangkitan kulat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia