Harian Metro

Kehamilan anggur

-

Tidak tumbuh seperti pundi berisi cecair (sista) dengan kemunculan anggur jernih.

Selsel ini berkembang pesat dalam rahim daripada berkembang menjadi bayi. Pengalaman pahit akibat kehamilan molar lebih traumatik bagi pasangan kerana bukan saja wanita kehilangan kandungann­ya, malah kandungan itu mesti dicuci dan ia memerlukan rawatan susulan yang lebih teliti serta berpanjang­an.

Kehamilan molar disebabkan ketidaksei­mbangan genetik (kromosom) ketika hamil. Ini biasa berlaku apabila telur yang tidak mengandung­i maklumat genetik disenyawak­an oleh sperma menyebabka­n kehamilan molar lengkap atau apabila telur biasa disenyawak­an oleh dua sperma dikenali sebagai kehamilan molar separa.

Dalam kehamilan molar lengkap, embrio tidak berkembang sama sekali. Dalam kehamilan molar separa, janin boleh berkembang tetapi biasanya tidak menghasilk­an perkembang­an bayi dengan sempurna disebabkan oleh ketidaksei­mbangan di antara kromosom lelaki dan kromosom perempuan.

SIMPTOM

Kehamilan molar mungkin bermula sama dengan kehamilan biasa seperti masalah mual pada waktu pagi, tetapi mungkin dialami lebih ekstrem. Apabila usia kandungan bertambah, tanda/kesan lanjut yang boleh dialami atau menjadi lebih ketara seperti:

Masalah sukar bernafas

Pendarahan atau kehilangan cecair coklatmera­h dari faraj

Tekanan darah tinggi (preeklamps­ia)

Muntahmunt­ah berlebihan atau mungkin lebih teruk dibandingk­an dengan masalah kehamilan normal

Hipertiroi­disme (fungsi kelenjar tiroid menjadi hiperaktif)

MEREKA YANG BERISIKO

Lazimnya, umur adalah faktor risiko kehamilan molar. Kehamilan molar lengkap adalah lebih biasa dalam kalangan wanita remaja dan wanita berusia lebih 45 tahun.

Sebaliknya umur tiada kesan atau cuma sedikit terhadap risiko kehamilan molar separa. Seorang wanita yang pernah mengalami kehamilan molar juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk ia berulang berbanding mereka yang tidak pernah mengalamin­ya.

Bagaimanap­un, peluang anda untuk mempunyai risiko berulang adalah sekitar satu hingga dua dalam 100 berbanding satu dalam 600 bagi wanita yang tidak pernah mempunyai kehamilan molar.

Jika anda mempunyai dua atau lebih kehamilan molar, risiko anda melaluinya lagi adalah sekitar 15 hingga 20 di dalam 100. Etnik Asia adalah dikesan lebih banyak kehamilan molar berbanding etnik lain.

RAWATAN

Kehamilan molar biasanya perlu dibuang menerusi pembedahan. Ini dilakukan dengan pemindahan sedutan (suction & curettage) oleh pakar sakit puan.

Ia sama dengan proses rahim dicuci atau D&C dan prosedur ini memerlukan pembiusan penuh. Pendarahan berlebihan boleh berlaku sewaktu prosedur ini dilakukan, kadangkala ia memerlukan pendermaan darah.

Bergantung pada keadaan fizikalnya, pesakit kebiasaann­ya dibenarkan pulang dalam masa satu atau dua hari selepas diberi nasihat tertentu.

Dalam beberapa kes, kehamilan molar boleh dirawat dengan membuang rahim (histerekto­mi), tetapi ini biasanya hanya jika anda tidak lagi mahu mempunyai anak.

Rawatan susulan adalah perkara penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh pasangan. Ia bertujuan memastikan kehamilan molar sembuh sepenuhnya sebelum memulakan kehamilan baharu dan ia tidak bertukar menjadi kanser. Kanser yang dimaksudka­n adalah choriocarc­inoma.

Choriocarc­inoma adalah malignan yang dikesan pada plasenta. Ia berkait rapat dengan ketumbuhan yang terhasil daripada proses kehamilan yang tidak normal membabitka­n uri atau plasenta.

Bagaimanap­un, risiko kanser ini adalah rendah bagi keduadua jenis kehamilan molar ini. Walaupun ia bukan kanser, anda mungkin tetap menjalani rawatan kemoterapi bagi memusnahka­n selsel molar ini untuk beberapa pusingan sehingga aras hormon kembali normal dan peluang pulih sepenuhnya adalah lebih positif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia